• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Segera Pembalakan Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
17/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hentikan serta merta aktiviti pembalakan di Kelantan!

Mendesak demikian, Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN Darul Naim) berkata, ini untuk mengelak berlakunya kejadian banjir yang lebih buruk pada masa hadapan.

Presiden PAKATAN Darul Naim Datuk Dr Noordin Abdul Razak berkata kerajaan negeri perlu mengesan mereka yang melakukan operasi pembalakan yang tidak terkawal itu hingga menyebabkan banjir buruk baru-baru ini.

“Kerajaan negeri perlu selidik siapa punca yang melakukan pembalakan ini semua dan mesti memberikan hukuman setimpal kepada pihak yang terlibat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa majlis pelancaran Tabung Bencana PAKATAN Darul Naim yang disempurnakan Kerabat DiRaja Kelantan, Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abd Halim Sultan Ibrahim.

Noordin turut mencadangkan supaya dilakukan tanaman semula di kawasan yang telah digondol selain mendalamkan sungai di negeri itu.

Tabung bencana itu diwujudkan dengan kerjasama Pertubuhan Kerabat DiRaja Kelantan Al-Muhammadi dan kutipan awal bagi tabung berkenaan telah mencecah kira-kira RM50,000.

Orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun ‘Tabung Bencana Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim’ di nombor 5640-7060-9764. – BERNAMA

Tags: Pembalakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Didesak Campur Tangan Kes Pembalak Ceroboh

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan didesak untuk campur tangan dalam kes pencerobohan pembalak di tanah adat orang asli di Kampung...

Orang Asli Halang Pembalakan Diugut Dengan Senapang

07/03/2019
0

PENDUDUK Orang Asli kaum Temiar di Kampung Tasik Asal Cunex dekat Gerik, Perak hidup dalam ketakutan apabila mereka mendakwa diugut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd