Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Remaja Dalam Kuarantin Puji...

LEBIH ramai warga Malaysia menzahirkan penghargaan atas usaha yang dilakukan negara dan petugas...

Lelaki Nepal Maut Ditimpa...

NIBONG TEBAL - Seorang lelaki warga Nepal maut selepas sebatang pokok kelapa sawit...

PI1M Bawa Manfaat Besar...

SONG - Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) bukan sekadar tempat menyediakan kemudahan internet kepada...

42 Lemas Akibat Bot...

KAHERAH - Angka korban susulan insiden bot pendatang karam di pesisir pantai utara...

Hasrat Tertunda Kerana Salah Sebut Perkataan Ebola

LONDON – Hasrat seorang pemuda Britain, CJ Burke untuk mencipta nama di Bulgaria sebagai pemain bola sepak terpaksa ditangguhkan selepas dia dikatakan menghidap Ebola hanya disebabkan Burke tersalah sebut perkataan itu.

Keadaan ini menyebabkan Burke terpaksa dikuarantin dan dia juga tidak dapat menandatangani kontrak dengan kelab PFC Beroe Stara Zagora untuk bermain dalam Liga Eropah.

Burke, 21, berkata, semasa latihan, dia cuba menyebut perkataan `Bolen’ yang merujuk kepada tidak sihat dalam bahasa Bulgaria namun kelab itu menyangka dia cuba menyebut perkataan Ebola.

Ia sekali gus mencetuskan panik hinggakan Burke dan kawannya dikuarantin selama empat hari.

“Ia umpama mimpi ngeri. Lebih malang saya dikuarantin di hospital dan makanannya amat teruk,’’ katanya.

Burke berpindah ke Bulgaria selepas berhenti dari universiti setelah gagal menukar bidang pengajian daripada sains perubatan bio kepada perubatan.


Dia kemudiannya terpaksa mencari kursus perubatan yang ditawarkan universiti lain dengan kos yang lebih rendah dan akhirnya menemui Universiti Trakia di Stara Zagora dan berpindah ke sana pada bulan September lalu.

“Saya kemudiannya dibimbing oleh guru saya yang pernah bermain bola sepak di Amerika Syarikat dan saya telah menjalani beberapa latihan serta rundingan dengan kelab terbabit.

“Malangnya saya tidak dapat menandatangani kontrak sebaliknya dikuarantin pula,’’ katanya.

Burke bagaimanapun berpeluang untuk menandatangani semula kontrak tersebut dengan PFC Beroe Stara Zagora pada penghujung bulan ini.

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ebola

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori