• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Rumah Tidak Naik Mendadak Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Perumahan Sarawak memberi jaminan harga rumah kediaman di negeri ini tidak akan naik secara mendadak apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan April depan.

Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, sekalipun berlaku kenaikan ia adalah minimum antara dua dan tiga peratus sahaja.

“Sehubungan itu pihak tertentu serta pemaju hartanah tidak perlu menakut-nakutkan bakal pembeli rumah kononnya harga rumah akan naik secara mendadah sebaik sahaja GST dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan Seminar GST Dalam Sektor Perumahan di sini, hari ini.

Sambil menjelaskan bahawa hanya bangunan komersial akan dikenakan GST dan bukannya rumah kediaman, beliau menasihatkan bakal pembeli rumah kediaman supaya tidak percaya dengan kenyataan (mengenai kenaikan harga rumah) oleh pihak pemaju.

Beliau berkata terdapat undang-undang bagi mengawal kenaikan harga rumah, khususnya membabitkan penjualan rumah kos rendah dan rumah mesra rakyat.

Sementara itu, beliau berkata, bagi menampung permintaan yang tinggi terhadap rumah kos rendah dan rumah mampu milik di negeri ini, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) akan membangunkan sejumlah 3,500rumah seumpama itu di Kuching, Bintulu dan Miri dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Katanya, HDC akan mengambil alih projek pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik daripada pemaju swasta yang tidak berminat membina rumah seumpama itu.

Mengenai GST dalam sektor perumahan, Abang Johari berkata apabila rejim cukai yang baru itu dilaksanakan hanya penjualan rumah komersial akan dikenakan cukai maksimum enam peratus berbanding 15 peratus sekarang.

Seminar sehari itu dianjurkan Kementerian Perumahan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia. – BERNAMA

Tags: Rumahsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd