• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Modal Tingkat Pendapatan, Bukan Modal Politik

oleh Ahmad Albab
16/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak sewajarnya dijadikan modal politik kerana ia merupakan suatu sistem percukaian yang telus untuk membantu meningkatkan pendapatan negara.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang Datuk Abdul Rahman Daud berkata kutipan cukai baharu itu lebih difahami kerana ia berdasarkan prinsip ‘siapa membeli, dia membayar’ dan tidak memberi peluang kepada mereka yang selama ini licik mengelak daripada membayar cukai.

Kutipan cukai itu juga akan ‘membantu’ golongan warga asing untuk menjalankan ‘kewajipan menyumbang kepada ekonomi Malaysia’ memandangkan mereka juga menggunakan infrastruktur awam dan kemudahan yang disediakan kerajaan.

“Saya tidak faham kenapa isu cukai GST hendak diperbesarkan kerana kita telah lama membayar cukai semasa berbelanja membeli barang menerusi cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tertera dalam resit pembelian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

GST yang akan dilaksanakan pada 1 April ini juga adalah lebih murah, iaitu pada kadar enam peratus, berbanding SST sebanyak 16 peratus, tambah Abd Rahman.

Mengenai kekeliruan berhubung GST, Abd Rahman berpendapat hal itu telah dijangka akan berlaku kerana perkara baharu atau perubahan daripada kebiasaan mudah mendapat perhatian dan menimbulkan kesangsian.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terburu-terburu mempercayai golongan yang menyebarkan informasi tidak tepat mengenai GST, sebaliknya mendapatkan penerangan tepat daripada pihak sewajarnya.

Abd Rahman berkata kerajaan juga perlu memastikan penguatkuasaan tegas diambil supaya tidak wujud kumpulan peniaga yang ‘mengambil untung di atas angin’ dengan menaikkan harga barangan atas alasan GST.

“Apa yang kita bimbangkan adalah penguatkuasaan selepas pelaksanaan. Kita tidak mahu penguatkuasaan ini hanya nampak gah di awal pelaksanaan, namun bila beberapa bulan GST dilaksanakan, penguatkuasaan juga semakin kurang,” katanya.

Sementara itu Ketua Biro Industri Kecil dan Sederhana MCA Pahang Datuk Andy Chiew Yoke Theng berkata pelaksanaan cukai itu adalah ‘tepat pada masanya’ namun pengguna harus menjadi pengguna bijak.

“Mereka (pengguna) kena ambil tahu. Jangan ambil mudah. GST tak dikenakan pada semua barang dan perkhidmatan, jadi laksanakan tanggungjawab pengguna. Jangan membayar GST yang tidak kena pada tempatnya,” katanya.

Andy menambah kerajaan ‘mengambil risiko’ dalam pengenalan GST kerana menyedari ia akan menyebabkan sedikit kenaikan pada harga barang di awal pelaksanaannya, namun kekal dengan ‘keputusan tidak popular’ itu kerana kebaikan GST untuk jangka panjang.

“Jika hendak bercakap tentang kebaikan, harga barang juga naik pada masa kini, atas alasan kenaikan harga petrol. Namun bila harga petrol turun pada awal bulan ini, kita tidak pula melihat peniaga menurunkan semula harga.

“Sebab itu pelaksanaan GST tidak boleh ditangguh. Ia merupakan sistem cukai yang diperlukan oleh negara dan apabila kita melihat kesannya, baharulah mereka yang mempunyai persepsi negatif ini akan berhenti bercakap,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pahang (Cawangan Kuantan) Hawa Abdullah @ Dullah berpendapatan lebih cepat pelaksanaan GST, ia lebih baik untuk pengurusan kerajaan dan rakyat amnnya.

“Sudah tentu setiap dasar baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan memberi kebaikan dan lihat sahaja di negara-negara maju yang telah melaksanakan sistem ini, kerajaannya dapat menguruskan ekonomi dengan lebih baik dan rakyat juga
peroleh manfaat.

“Cuma masalah di negara kita rakyat mungkin masih kurang faham tentang kebaikan GST ini menyebabkan ramai yang kurang bersetuju,” katanya.

“Sehubungan itu kerajaan perlu menerangkan dengan cara lebih mudah dan khusus supaya rakyat termasuk golongan penjaja dan peniaga kecil faham tentang dasar ini,” kata Hawa.

Menurutnya kekurangan pengetahuan penjaja dan peniaga kecil dalam soal mendokumentasikan akaun menyebab ramai dalam kalangan golongan itu tidak menyedari bahawa perniagaan mereka layak untuk mendaftar untuk GST. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd