• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gotong-Royong Perdana Bersih Kawasan Dilanda Banjir Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan gotong-royong perdana membersihkan sampah sarap di beberapa jajahan yang terjejas akibat banjir esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata mesyuarat diadakan bersama semua pegawai daerah hari ini bagi tujuan pelaksanaan gotong-royong berkenaan.

Gotong-royong itu akan ditumpukan di kawasan bandar dan taman perumahan sebelum diteruskan ke kawasan lain, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Fattah berkata aktiviti itu akan melibatkan beberapa pihak termasuk syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pertubuhan bukan kerajaan.

“Kita amat mengalu-alukan bantuan mana-mana pihak yang boleh menambah jumlah jentolak dan lori untuk mengangkut sampah sarap ke tapak pelupusan,” katanya.

Mengenai air yang dibekalkan AKSB, beliau berkata berikutan tekanan air masih rendah, penggunaan air lebih diutamakan untuk kegunaan asas seperti memasak dan minum. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd