• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelandangan: Masjid Negara Pertimbang Ikut Kesesuaian

oleh Ahmad Albab
08/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan ruang di kawasan masjid bagi kemudahan gelandangan akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian, kata Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Beliau berkata, sebelum sebarang keputusan dibuat, NGO terbabit diminta untuk mengemukakan cadangan supaya ia dapat dibincangkan dengan pihak pengurusan masjid itu.

Tambahnya, pertimbangan itu turut mengambil faktor masjid berkenaan sebagai kawasan tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

“Kita sedia mempertimbangkan cadangan itu mengikut kesesuaian. Kita kena lihat pelbagai segi memandangkan Masjid Negara menjadi tumpuan pelancong.

“Kesesuaian tempat ini untuk gelandangan perlu dipertimbangkan. Di pihak sana (NGO), dia kata mungkin sesuai buat di masjid tetapi mungkin bagi kita tak sesuai atau sebagainya.

“Masjid Negara jadi tumpuan pelancong, kebanyakannya dari luar, oleh itu, kita kena lihat sama ada patut atau tidak dedahkan mereka (gelandangan) di tempat awam,” katanya kepada mStar Online, sambil menambah bahawa mungkin ada alternatif berhubung cadangan itu.

Sebelum ini mStar Online melaporkan Pertiwi Soup Kitchen mencadangkan supaya masjid sekitar Kuala Lumpur menyediakan ruang untuk menempatkan kemudahan mesin basuh, pengering baju dan lokar menyimpan barang buat gelandangan terutama yang bekerja.

Pengasasnya, Munirah Abdul Hamid ketika menyuarakan hasrat itu turut menyebut Masjid Negara sebagai antara masjid yang boleh dicadangkan untuk menempatkan kemudahan tersebut.

Syaikh Ismail berkata, cadangan yang dikemukakan NGO terbabit akan dibincangkan bersama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan pandangan mengenainya.

“Kita perlu bincang dengan Jakim. Kalau tulis surat (kemuka cadangan), boleh kita bawa kepada Jakim,” katanya sambil menambah Masjid Negara adalah salah satu daripada tiga masjid utama di bawah pentadbiran Jakim.

Difahamkan, secara purata kira-kira 250,000 pengunjung dalam dan luar negara melawat Masjid Negara setiap tahun.

Mengenai gelandangan, beliau berkata, Masjid Negara telah bekerjasama memberi bantuan makanan kepada golongan itu setiap minggu menerusi peruntukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp).

“Kita bantu beri makanan kepada mereka setiap Rabu. Kita tidak menghalang mereka datang ke sini untuk mendapatkan makanan dan perlindungan.

“Apa yang kita harapkan supaya mereka menjaga adab, tingkah laku, menghormati kawasan masjid dan memelihara kebersihan persekitaran. Saya juga berharap gelandangan beragama Islam bersama-sama menunaikan solat,” kata Syaikh Ismail. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=VF6vizURDt8

Tags: gelandanganImam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

05/08/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan...

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

09/02/2025
0

IPOH: Empat khatib yang juga imam masjid di negeri ini digantung tugas sementara kerana menyampaikan khutbah Jumaat bukan dikeluarkan Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd