• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Pengeluaran MyKad Di 43 Cawangan JPN

oleh Ahmad Albab
08/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengeluaran MyKad di 43 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bakal mengalami gangguan berikutan kerja-kerja menaik taraf Sistem Kad Pengenalan di cawangan terbabit.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Sulaiman Keling, dalam satu kenyataan hari ini, berkata gangguan itu akan mengakibatkan perubahan dalam tempoh pengeluaran MyKad siap daripada 24 jam kepada 10 hari bekerja.

Beliau berkata, kerja menaik taraf itu melibatkan 43 cawangan JPN yang mempunyai mesin Cetakan Teragih MyKad di seluruh negara mulai esok hingga 25 Januari ini.

Cetakan Teragih MyKad adalah satu daripada inisiatif JPN yang membolehkan MyKad disiapkan dalam tempoh 24 jam.

“Penyelenggaraan sistem ini adalah satu keperluan untuk meningkatkan lagi kualiti capaian terhadap sistem urus niaga utama JPN yang beroperasi hampir 24 jam sehari,” katanya.

Antara 43 cawangan JPN yang mengalami gangguan tempoh pengeluaran MyKad ialah JPN Perlis, Alor Setar, UTC Kedah, Kulim, Pulau Pinang, Ipoh, UTC Perak, Bagan Datoh dan Sri Manjong.

Sulaiman berkata, turut mengalami gangguan itu ialah cawangan JPN di Selangor iaitu Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya. Di Kuala Lumpur, cawangan JPN yang terlibat ialah Wilayah Persekutuan, UTC Kuala Lumpur, UTC Keramat dan UTC Mini Sentul.

Di Melaka dan Negeri Sembilan, cawangan JPN yang terlibat ialah JPN Melaka dan UTC Melaka serta JPN Seremban.

Di Johor, JPN Johor Baharu, Kluang dan Batu Pahat akan mengalami gangguan tempoh pengeluaran MyKad selain UTC Johor Baharu. Di Pahang tiga cawangan JPN akan mengalami gangguan berkenaan selain UTC Pahang.

Tiga cawangan JPN di Terengganu dan tiga lagi cawangan JPN di Kelantan akan terlibat dengan gangguan tempoh pengeluaran MyKad tersebut.

Di Sarawak, empat cawangan JPN iaitu di Kuching, Miri, Sibu dan Sri Aman akan mengalami gangguan tempoh pengeluaran MyKad selain UTC Kuching. Sementara di Sabah empat cawangan JPN akan mengalami gangguan berkenaan, turut terlibat ialah UTC Kota Kinabalu.

Sulaiman berkata, untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkara berkenaan orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03-88807077/7067/7069/8555 atau emel ke pro@jpn.gov.my. – BERNAMA

Tags: JPN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peneroka Maut, Van Bertembung Lori Kecil Di Kota Tinggi

Next Post

Restoran Bertaraf Lima Bintang Dalam Penjara?

Related Posts

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

80 Peratus Permohonan Jadi Warganegara Lulus

80 Peratus Permohonan Jadi Warganegara Lulus

19/03/2024
0

PUTRAJAYA: Kira-kira 80 peratus daripada 3,903 permohonan kewarganegaraan secara pendaftaran sudah diluluskan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Menteri Dalam Negeri...

Next Post

Restoran Bertaraf Lima Bintang Dalam Penjara?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd