• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peneroka Maut, Van Bertembung Lori Kecil Di Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
08/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Hasrat seorang peneroka untuk menunaikan umrah Februari ini tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 62.5, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi berhampiran Kampung Seluyut, di sini hari ini.

Alimi Tukimin, 68, yang memandu bersendirian van jenis Toyota Liteace, dipercayai bertembung dengan sebuah lori kecil yang datang dari arah bertentangan, ketika dalam perjalanan dari rumah isteri pertama di Felda Air Tawar Lima menghala ke arah Felda Pasak, ke rumah isteri keduanya.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 11.05 pagi.

Anak tiri mangsa, Farizah Hassan, 41, berkata pada pagi kejadian, ibunya sempat menghubungi mangsa yang memberitahu beliau dalam perjalanan ke rumah.

Bagaimanapun, Farizah amat terkejut apabila mendapat berita yang ayah tirinya, terlibat dalam kemalangan tidak lama kemudian.

“Ayah merupakan seorang yang aktif berkebun namun sejak beberapa hari ini kami perasan keadaannya yang kelihatan lesu dan juga sedih. Kami menyangka ia mungkin faktor kesihatan, tambahan pula dia mempunyai penyakit darah tinggi,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Kesihatan Hospital Kota Tinggi, di sini.

Farizah berkata hasil perkahwinan dengan isteri pertama, mangsa dikurniakan lapan orang anak manakala dengan ibunya, dikurniakan empat anak.

Apa yang menyedihkan, dia dan adik-beradik lain telah m erancang untuk menyambut hari lahir ayah tirinya yang jatuh pada 11 Jan ini.

“Ayah juga dijadualkan mengerjakan umrah pada bulan Februari ini. Segala persiapan telah dibuat termasuklah sudah membuat pasport,” kata Farizah.

Jenazah Alimi yang telah dituntut keluarganya, dibawa ke tanah perkuburan Islam Felda Air Tawar 5 untuk dikebumikan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman yang mengesahkan kejadian berkata kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan, lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah Kota Tinggi ke Sungai Rengit sebelum berpusing dan terbalik di sebelah kanan jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian kepala dan dibawa ke Unit Forensik Kesihatan HKT,” kata Rahmat.

Sementara itu, pemandu dan seorang lagi penumpang lori berkenaan cedera parah dan dirawat di hospital sama.

Katanya semasa kejadian, keadaan cuaca baik dan keadaan lalu lintas tidak sibuk. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=iv_Kbj_7VWw

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd