• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FGV Peruntuk RM250,000 Bantu Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), syarikat peneraju agro-bisnes antarabangsa di Malaysia dan pengeluar minyak sawit mentah, menghulurkan sumbangan RM250,000 bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Sumbangan disalurkan melalui Konvoi Misi Bantuan Kemanusiaan FGV dan sumbangan terus kepada pejabat Menteri Besar Terengganu.

“Konvoi Misi Bantuan Kemanusiaan FGV menghantar 20 tan makanan dan 19 tan air minuman ke kawasan Felda yang dilanda banjir dengan bantuan 65 sukarelawan kakitangan FGV bagi membantu lebih 2,000 warga Felda yang terjejas.

“Daripada jumlah keseluruhan sumbangan, RM44,000 barangan keperluan harian diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu yang diagihkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman secara berperingkat-peringkat,” kata FGV dalam kenyataan di sini hari ini.

Kawasan yang menerima bantuan ialah Pejabat Wilayah Gua Musang, Pejabat Wilayah Lipis, Pejabat Wilayah Muadzam, Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Kilang Sawit Tementi, Ladang Terapai 01, Kampung Awah dan Jengka 21. – BERNAMA

Tags: BanjirFGV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd