• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESSCOM Rai Tahun Baharu Laksana Operasi Tahan 90 Pati

oleh Ahmad Albab
01/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) meraikan tahun baharu dengan penuh keazaman untuk mengemudi usaha membanteras kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne).

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman berkata sehubungan itu, Operasi Bersepadu Khas dilancarkan hari ini dengan diketuai Ketua Komponen Siasatan Khas ESSCom SAC Rosli Mohd Isa di bandar Sandakan.

Hasilnya, 90 Pati termasuk 46 lelaki dan 44 wanita, ditahan kerana tidak memilik dokumen pengenalan diri sah dalam operasi lebih tiga jam bermula 5 pagi itu, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Operasi turut melibatkan pelbagai agensi negeri dan Persekutuan yang diselaras ESSCom.

Katanya, kesemua PATI berkenaan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pemeriksaan dokumen sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka.

“Kita berharap dapat membersihkan bukan hanya kawasan pusat bandar Sandakan tetapi keseluruhan ESSZOne daripada PATI,” katanya.

Sukarti berkata operasi membanteras PATI itu merupakan langkah susulan Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai PATI di Sabah yang dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) baru-baru ini yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Sebelum ini, Operasi Bersepadu Khas telah dilaksanakan di beberapa penempatan kampung air pinggiran bandar Sandakan dan pusat bandar Lahad Datu yang turut dipantau Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun dan Pengarah Awam ESSCom Ruji Ubi.

ESSZOne merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. – BERNAMA

Tags: EsscomPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd