• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Peguam Sirul Kini Di Sydney, Cuba Dapat Pembebasan

oleh AK-47
27/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dua peguambela kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya, kini berada di Sydney, Australia untuk mendapatkan pembebasan anak guam mereka.

Sirul kini sedang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen di Villawood selepas diberkas Jabatan Imigresen Australia sebelum ini di sebuah rumah di Brisbane.

Penangkapan itu selepas pihak Polis Antarabangsa (INTERPOL) mengeluarkan notis merah ke atas Sirul susulan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Persekutuan bulan lepas membunuh.

MENARIK – Sirul Masuk Penjara Paling Teruk Rekod Hak Asasi Di Australia

Dua peguam berkenaan Hasnal Rezua dan Kamarul Hisham Kamaruddin akan berada di Australia sehingga Khamis ini.

Menurut Hasnal, beliau dan Kamarul Hisham tiba di Sydney Ahad lepas.

“Ada beberapa perkara yang perlu kami lakukan sudahpun dibuat di Australia, selebihnya akan diteruskan di Malaysia,” katanya.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pada Jumaat lepas melaporkan bahawa Sirul, 43, telah dipindahkan ke Villawood, sebuah pusat tahanan dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Sirul bersama seorang lagi bekas anggota UTK Azilah Hadri dihukum mati pada 13 Januari lepas kerana membunuh wanita berasal dari Mongolia itu yang juga seorang model dan penterjemah.

Kedua-duanya pada mulanya dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan berkenaan oleh Mahkamah Rayuan tetapi di peringkat Mahkamah Persekutuan hukuman gantung itu dikekalkan.

– MYNEWSHUB.CC

Video Berita Sirul Berada Di Australia

Tags: Altantuyakes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd