• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Gol Torres Bantu Atletico Singkir Real Madrid

oleh Ahmad Albab
16/01/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Fernando Torres menyumbat gol pertamanya untuk Atletico Madrid bagi membantu juara La Liga Sepanyol itu mengetepikan penyandang juara Copa del Ray, Real Madrid di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Real tersingkir selepas Atletico menang dengan agregat 4-2 selepas seri 2-2 dalam pertemuan kedua timbal balas, pagi tadi.

Pada pertemuan pertama minggu lalu, Atletico menang 2-0.

Torres meledak pada minit pertama selepas mendapat hantaran Antoine Griezmann untuk memperoleh kelebihan gol di tempat lawan.

Real bangkit menerusi jaringan Sergio Ramos pada minit ke-20 namun sekali lagi Torres merobek jaring tuan rumah menerusi golnya pada minit ke-46.

Pemenang kali ketiga Anugerah Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo pula memastikan pasukan tuan rumah tidak diaibkan menerusi jaringan penyamaan pada minit ke-54.

Atletico akan bertemu Barcelona pada suku akhir selepas skuad Catalan itu menang bergaya agregat 9-0 mengatasi Elche selepas menang 4-0 pada pertemuan kedua, awal pagi tadi.

Gol Barca menerusi Jeremy Mathieu, Sergi Roberto, Pedro Rodriguez dan Adriano. – AFP

Tags: Fernando Torres
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Torres Dan Iniesta Ucap Selamat Tinggal

21/05/2018
0

MADRID - Dua pemain hebat Sepanyol mengucapkan selamat tinggal kepada kelab mereka sejak kecil ketika Andres Iniesta meninggalkan Barcelona dan...

Torres Bakal Tinggalkan Atletico Madrid

10/04/2018
0

FERNANDO Torres merancang untuk meninggalkan kelab sebaik sahaja kontraknya tamat musim ini. Penyerang Atletico Madrid itu mencari peluang untuk beraksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd