MADRID – Dua pemain hebat Sepanyol mengucapkan selamat tinggal kepada kelab mereka sejak kecil ketika Andres Iniesta meninggalkan Barcelona dan Fernando Torres mengakhirinya dengan hebat buat Aletico Madrid.
Torres menjaringkan dua gol pada penampilan terakhir buat Atletico, namun kad merah Lucas Hernandez membantu Eibar meraih keputusan seri 2-2 pada penampilan terakhir La Liga musim ini.
Karier 22 tahun Iniesta bersama Barcelona berakhir dengan kemenangan ketika penggantinya, Philippe Coutinho menjaringkan gol tunggal bagi kemenangan 1-0 mengatasi Real Sociedad.
Bersama tangisan, Iniesta berjalan keluar sambil diberi penghormatan di Camp Nou pada babak kedua dan memberikan lilitan kapten kepada Lionel Messi.
Dia memeluk pemain Argentina itu semua rakan sepasukan. Pemain berusia 34 tahun bertepuk tangan kepada penonton, menghadiahkan ciuman dan masuk ke bilik persalinan.
Ia diikuti sambutan selepas perlawanan, meraikan Iniesta dan kemenangan La Liga serta Copa del Rey.
Pemain Barca kembali ke padang dengan memakai jersi tertulis nama Iniesta.
“Ia hari yang sukar,” kata Iniesta dalam ucapannya. “Tetapi ia saat yang indah sepanjang 22 tahun. Ia satu penghormatan dan kegembiraan untuk mempertahan dan mewakili kelab ini, bagi saya ia terbaik di dunia. Saya akan menyimpannya di hati selama-lamanya.”
Pemain Barca kemudiannya menjulang Iniesta.
“Saya rasa sangat bertuah,” kata jurulatih Ernesto Valverde. “Sama seperti apa yang mereka lakukan ketika berpisah dengannya. Dia unik, tiada pemain boleh menggantikannya. Tiada pemain sepertinya.” – myMetro Online