• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuma Guna Cawan Berisi Air, Suri Rumah Dikelentong RM42 Ribu

oleh Ahmad Albab
24/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka hanya berbekalkan satu cawan yang diisi dengan air, seorang lelaki bersama dua rakannya berjaya meyakinkan seorang suri rumah untuk menyerahkan wang simpanan berjumlah RM42,000 kepada mereka.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian, kejadian berlaku Isnin lepas di hadapan sebuah klinik di Jalan Kluang, Batu Pahat, selepas seorang wanita berusia 60 tahun didatangi lelaki yang mengaku ‘tabib’.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, ‘tabib’ berkenaan mengaku mampu mengubati pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit yang dihidapi mangsa.

[BACA INI JUGA: Terima SMS Nak Menipu? Cuba Reply Macam Ini…]

“Setelah berbual-bual berkaitan penyakit dihidap, dua lagi suspek menghampiri lokasi berkenaan, di mana mereka meyakinkan mangsa yang suspek pertama sememangnya seorang tabib handal.

“Untuk meyakinkan lagi mangsa, suspek pertama menyuruh suspek kedua memasukkan jarinya ke dalam cawan berkenaan, namun air itu tidak berubah warna.

“Tetapi setelah mangsa memasukkan jarinya ke dalam cawan sama, air terbabit berubah menjadi kekuningan lalu suspek memberitahu penyakit mangsa berada di tahap bahaya,” kata Din.

Suspek pertama kemudiannya meyakinkan mangsa bahawa dia memiliki penawar kepada penyakit wanita itu, namun menyatakan harganya mencecah RM50 ribu.

Wanita tersebut bagaimanapun memberitahu dia hanya memiliki RM42 ribu, lantas menyerahkan kesemua wang berkenaan kerana bimbang dengan kesihatannya.

Selepas mendapat wang, suspek pertama dikatakan menghantar mangsa pulang ke rumah dan berjanji mahu menghantar ubat yang dijanjikan secepat mungkin, namun tidak muncul-muncul lagi selepas itu.

Ekoran laporan polis yang diterima, orang ramai yang mengenali suspek (gambar atas) diminta menyalurkan maklumat untuk membolehkan suspek dapat diberkas segera.

-MYNEWSHUB.CC

Iklan Kelakar Tentang Penipuan Pengemis Yang Dibongkar Dua Wanita

https://www.youtube.com/watch?v=A5VjytP4Abw

Tags: Johorkes tipu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd