• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Charlie Hebdo: Akhbar Denmark Hina Rasulullah Dikawal Ketat

oleh
10/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

COPENHAGEN – Bangunan ibu pejabat Jyllands-Posten, akhbar kontroversi Denmark yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia pada 2005 lalu, mula diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan dikawal ketat pihak keselamatan.

Langkah luar biasa itu dibuat susulan serangan berdarah ke atas pejabat majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo di ibu kota Paris pada Rabu yang mengorbankan 12 orang termasuk ketua editor, Stephane Charbonnier dan dua anggota polis tempatan.

“Jyllands-Posten memaklumkan semua petugas menerusi e-mel berhubung tambahan langkah keselamatan di bangunan syarikat itu di Copenhagen dan bandar raya Viby,” lapor akhbar tertua Denmark yang diasaskan pada 1749, Berlingske di sini hari ini.

Harian tempatan konservatif tersebut memetik jurucakap Jyllands-Posten, Christine Blach sebagai berkata, syarikat akhbar pro-Israel yang ditubuhkan pada 1871 itu memantau teliti perkembangan insiden serangan bersenjata terhadap Charlie Hebdo.

Peristiwa yang mengejutkan banyak pihak itu menyaksikan lapan kartunis terbaik Charlie Hebdo maut ditembak ketika sedang bermesyuarat dan lima lagi petugas majalah tersebut cedera ketika diserang sekumpulan lelaki lengkap dengan senjata berat.

Jyllands-Posten pernah membangkitkan kemarahan masyarakat Islam antarabangsa apabila menyiarkan siri 12 kartun satira pada 2005 yang menghina Nabi Muhammad SAW sebelum ia kemudian dicetak semula oleh Charlie Hebdo pada 2006.

Kurt Westergaard, artis di sebalik kartun kontroversi tersebut dan pernah menjadi sasaran cubaan bunuh di rumahnya sendiri pada 2010 memberitahu stesen radio Denmark, serangan di Paris itu memang bertujuan untuk menakutkan petugas media.

Namun dia memuji kartunis Charlie Hebdo yang tidak gentar dengan ugutan pelampau tidak kira daripada ekstremis Islam, Kristian atau tokoh politik berpengaruh yang mahu menyekat kebebasan bersuara dalam kalangan pihak media tempatan.

Sementara itu, perkhidmatan perisikan Denmark dalam satu kenyataan media berkata, situasi semasa negara tersebut masih terkawal tetapi serangan di ibu kota Perancis itu dibimbangi mampu merebak ke negara rantau Skandinavia berkenaan. – Agensi

Tags: akhbarDenmarkislamPerancis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” –  Sheikh Umar

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” – Sheikh Umar

08/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa DAP adalah sebuah parti politik yang menyokong Perlembagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd