• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cendekiawan Islam Perlu Pertahan Kesucian Agama – Rais

oleh Ahmad Albab
30/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cendekiawan Islam perlu berada di barisan hadapan mempertahankan kesucian agama yang sering dikaitkan dengan keganasan dan kekejaman, kata Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata cendekiawan Islam bukan hanya memainkan peranan sebagai penulis dan mengeluarkan pandangan sahaja, tetapi perlu bersuara menolak segala tohmahan bagi mempertahankan kesucian Islam.

“Saya gesa cendekiawan Islam bangun dan berikan dikotomi (penjelasan) kepada istilah IS yang dibawa negara Barat. Jangan hanya duduk di bangku menulis tesis-tesis yang tidak ada kaitan dengan realiti.

“Perlu bangkit menyatakan (kumpulan militan) IS tidak boleh sekali gus (digunakan untuk) merumuskan semua negara Islam sebagai negara jahat yang menggunakan kekerasan dalam perbuatan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 di UIAM hari ini yang turut dihadiri Rektor UIAM Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin serta 2,500 warga universiti.

Menurutnya, istilah IS sering kali dikaitkan dengan negara Islam sekali gus mencalarkan kesucian agama itu, serta menjatuhkan imej negara Islam kerana kekejaman yang dilakukan militan IS adalah bertentangan dengan syariat Islam sebenar.

Berhubung UIAM, Rais berkata sebagai sebuah universiti yang dihormati dunia, ia perlu mengelakkan sentimen negatif menular dalam kalangan kakitangan dan pelajarnya.

“Saya tidak mahu lihat kampus bergolak dengan sentimen bukan-bukan. Setiap perjuangan kita mesti mengikut tradisi Nabi Muhammad SAW dan ajaran agama. Kita perlu semaikan budaya budi bahasa dan saling hormat menghormati sesama kita,” katanya.

Rais yang juga Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, berkata bersesuaian dengan moto UIAM ‘Taman Ilmu dan Budi’, satu program berterusan iaitu Program Akar Budi telah dijalankan bagi menanam sifat budi bahasa dan hormat menghormati dalam jati diri kakitangan serta pelajar institusi itu.

Pengisian program itu berlandaskan kepada aspek budi bahasa bagi melahirkan pelajar yang bukan hanya menamatkan pelajaran dengan mendapat segulung ijazah tetapi mempunyai budi bahasa yang tinggi dan sifat hormat menghormati, katanya.

Terdahulu, Rais menyampaikan penghargaan kepada sekumpulan pelajar UIAM yang muncul juara dalam pertandingan reka bentuk ‘The Bustan al-Jamiah’ iaitu mercu tanda baharu universiti itu.

Kumpulan ‘Hijrah Path’ yang diketuai Ibrahim Khalid, pelajar tahun akhir jurusan Seni Bina berkata beliau bersama-sama lapan anggota kumpulan itu
mengambil masa selama empat bulan untuk melahirkan idea reka bentuk dan lakaran mercu tanda baharu itu.

“Kami kekalkan perkataan ‘Iqra’ (bacalah) yang digunakan pada mercu tanda sebelum ini, selepas perbincangan dibuat kami tambah replika keris dalam rekaan sebagai ciri keistimewaan bangsa Melayu,” katanya.

Kumpulan pelajar itu membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan sijil penyertaan. – BERNAMA

Tags: CendekiawanRais Yatim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang...

Agenda Transformasi Parlimen Dibawa Kepada PM 2 November

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Agenda Transformasi Parlimen akan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 November ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd