• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Mudah Untuk Penduduk Maran Bangun Semula

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Sekurang-kurangnya tempoh sebulan diperlukan untuk membersih kembali keseluruhan kawasan Maran yang terjejas akibat banjir, kata Anggota Parlimennya Datuk Seri Ismail Ab Muttalib.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata ia turut memerlukan langkah pemulihan infrastruktur dan bangunan rosak yang memerlukan masa lebih lama.

“Kita akui tidak mudah untuk penduduk bangun semula walaupun dengan segala bantuan yang disalurkan,” katanya pada majlis ‘Operasi Pembersihan Prihatin’ di Chenor di sini hari ini.

Ismail berkata satu jawatankuasa khas pemulihan telah ditubuhkan untuk merancang, mengatur jadual kerja pembersihan dan pengagihan bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak.

Katanya lebih banyak sukarelawan turut diperlukan untuk membantu penduduk di pasca banjir.

“Bukan sekadar untuk membersihkan rumah, namun kita turut memerlukan mereka yang berkemahiran seperti juruteknik dan pegawai perubatan.

“Kita juga memerlukan pakar motivasi bagi membantu memulihkan semangat segelintir mangsa banjir yang trauma apabila melihat kerosakan rumah mereka,” tambah Ismail.

Beliau berkata pihaknya belum dapat menganggar jumlah kerugian harta benda yang dialami di Maran memandangkan terdapat penduduk yang baru saja dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Namun penilaian terhadap jumlah kerugian akan dilakukan segera bagi membolehkan bantuan disalurkan secepat mungkin, katanya.

Dalam operasi berkenaan lebih 200 sukarelawan daripada pelbagai agensi Kementerian Sumber Manusia, badan bukan kerajaan dan orang awam membantu membersihkan klinik kesihatan, dewan orang ramai dan kawasan perkampungan. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd