• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BR1M: Lebih RM4.56 Juta Diagih Untuk Fasa Pertama Di Melaka

oleh Ahmad Albab
24/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah lebih RM4.56 juta sedang diagih kepada 5,369 penerima pada fasa pertama pengagihan itu di Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 3,036 orang menerima BR1M berjumlah RM2.58 juta di Melaka Tengah; Alor Gajah (1,427 penerima dengan jumlah RM1.21 juta), dan Jasin (906 penerima dengan jumlah RM770,100).

“Kita bersyukur kerana tahun ini kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

“Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 yang akan dilakukan dalam tiga fasa kecuali individu bujang yang dibayar sekaligus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan BR1M kepada 79 penerima di Dewan Undangan Negeri Sungai Udang di Taman Bukit Terendak di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Idris mencadangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini untuk mengkaji lanskap taman perumahan di kawasan pentadbiran mereka untuk ditukarkan kepada pokok buah-buahan.

Beliau berkata cadangan itu adalah bagi menambahkan lagi keceriaan dan keindahan persekitaran Melaka.

“Kita berhasrat untuk menghiasi taman perumahan dengan pokok-pokok buah-buahan, saya dapat idea ini apabila melawat ke Denmark, di seluruh bangunan kerajaan mereka tanam pokok epal.

“Saya cadangkan di Melaka kita tanam pokok mangga Melaka Best,” katanya. – BERNAMA

Tags: BR1MMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd