• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Tunda Karam Di China, Seorang Warga Malaysia Terlibat

oleh AK-47
18/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASUKAN penyelamat berjaya mengapungkan bot tunda yang karam di Sungai Yangtze, kira-kira 40 jam selepas tragedi itu berlaku di sebuah terusan di wilayah Jiangsu, pada Jumaat.

Kira-kira 25 orang berada di dalam bot berkenaan dan seorang daripadanya dipercayai warga Malaysia, menurut laporan agensi berita China Xinhua.

Bot berkenaan dengan kod nama “Wanshenzhou 67” dikeluarkan dari air kira-kira pukul 6.30 pagi waktu tempatan, selepas pasukan penyelamat berjaya menarik bot ke kawasan air cetek.

BACA JUGA – Bot Tunda Karam Di Sungai Yangtze, Lebih 20 Masih Hilang

Bot tunda itu terbalik ketika melakukan pelayaran ujian di Terusan Fubei, berhampiran bandar Jingjiang.

Sehingga hari ini, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan tiga orang sahaja.

Pihak berkuasa tempatan telah mendedahkan kesemua nama yang berada di atas bot berkenaan termasuk lapan warga luar negara, empat Singapura, seorang Indonesia, seorang warga Malaysia, seorang India dan seorang Jepun.

Kesemua yang berada di dalam bot tunda berkenaan adalah lelaki.

Suhu di kawasan kejadian dicatatkan sejuk, serendah 1 darjah Celsius.

Kebanyakan ahli keluarga penumpang setia menunggu di tebing seawal pagi untuk menanti perkhabaran berita adakah keluarga mereka selamat atau sebaliknya.

Sehingga kini, kira-kira 30 kapal antaranya bot peronda dan bot tunda dikerahkan ke lokasi untuk mengesan baki 22 penumpang yang masih hilang tetapi operasi mencari terjejas berikutan arus deras dan air yang sejuk.

Ketika operasi membawa keluar bot berkenaan, pasukan penyelamat bertindak mengetuk dinding bot berulang kali untuk melihat jika ada mangsa masih hidup tetapi tiada jawapan.

Bot berkenaan sepanjang 30m dengan berat 368 tan, dibina oleh syarikat Anhui Bengbu Shenzhou Machinery Co. Ltd pada Oktober lepas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: botChinakaram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd