Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Telco Boleh Tawar Harga...

Kuala Lumpur : Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis...

Jangan Peduli ‘Gosip’ Mengenai...

BEIJING - Dunia seharusnya tidak mengendahkan ‘gosip’ mengenai rantau Xinjiang dan mempercayai pihak...

Najib Tiba Di SPRM...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di...

Piala Malaysia: Kedah Berpesta...

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah, melakar kemenangan besar dengan menundukkan Melaka 6-2...

“Bertindak Demokratik La Bro,” Kata Nik Abduh Pada DAP

KUALA LUMPUR – “Bertindak demokratik la bro..”

Itu kata-kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ke atas sekutu PAS dalam pakatan pembangkang, DAP.

Menurut beliau DAP boleh tidak bersetuju dengan rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Justeru katanya, PAS juga boleh tidak bersetuju dengan rancangan DAP melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

“Membawa agenda masing-masing sepatutnya tidak dianggap melanggar kesepakatan dalam pakatan.

“Jika Pulau Pinang berjaya mengadakan pilihan raya PBT, adakah PAS akan menganggap ia mencabul pakatan?

“Jawabannya tidak. Itu kejayaan DAP dengan impiannya,” tegasnya dalam satu kenyataan pada Ahad.


DAP sebelum ini mendakwa PAS mencabul muafakat pakatan pembangkang kerana mahu melaksanakan hudud di Kelantan tanpa persetujuan pakatan pembangkang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini pula membantah pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina di bandar Pulau Pinang.

Abdul Hadi dipetik berkata, pilihan raya itu boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Kenyataan Abdul Hadi itu membangkitkan kemarahan ramai pemimpin DAP yang menyelar pendirian Presiden PAS tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

Nik Mohamad Abduh dalam pada itu menyindir DAP bahawa PAS juga parti tindakan demokratik kerana menghormati sistem demokrasi negara dengan membawa enakmen jenayah syariah ke Parlimen Malaysia.

“Cuma adakah pilihan raya PBT tak perlu ke Parlimen sebagaimana hudud… itu saya tak pasti. Kena rujuk kepada `orang’ undang-undang,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori