• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Berita Saya Bakal Mengacara Melodi Satu Bidaah” – Azwan Ali

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMASUKI tahun 2015, kelibat dua pengacara Melodi terdahulu, Zulin Aziz dan Sheery Alhadad tidak lagi kelihatan setelah kontrak mereka selama enam bulan tidak disambung.

Namun menerusi cakap-cakap belakang yang dikuatkan lagi dengan muatnaik status Azwan Ali di laman sosial, ramai beranggapan dialah orangnya yang bakal mengemudi rancangan hiburan sensasi itu bagi menggantikan tempat ditinggalkan Zulin dan Sheery.

Malah, sebilangan individu dilihat mengeluarkan kenyataan ’emo’ kononnya Azwan telah mencaras kedua-dua pengacara tersebut hingga kontrak mereka tak disambung.

imageResize

Melalui portal hiburan Murai, Azwan Ali menjawab tuduhan tersebut, seperti biasa menggunakan ayat sinikal yang sinonim dengan dirinya;

“Aku nak jadi hos Nona atau Wanita Hari Ini (WHI), kau mampu?”

Ya, mungkin ia kedengaran melucukan namun ujaran tersebut merupakan bidasan terhadap telahan yang dibuat sebilangan blogger hiburan dan pengguna laman sosial.

Tambah Azwan;

“Saya tidak ada kena mengena dengan isu ketiadaan mereka dalam Melodi. Tolong hormat dengan apa jua keputusan yang dibuat sendiri oleh pihak TV3. Dan berita yang disebarkan oleh bloggers kononnya Azwan Ali bakal jadi hos baru Melodi TV3 adalah satu bidaah.

Saya memang ada ke TV3 berpuluh kali, malah dalam bulan ini pun saya masih jejakkan kaki ke sana, tetapi sebab apa.. biarlah rahsia.”

Begitu pun Azwan mengakui Melodi merupakan sebuah program yang pernah mendapat sentuhannya selaku pengacara semasa zaman bersama Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan ia merupakan satu memori yang akan dikenang selamanya.

GUA-Mentor6_Ogy_Ahmad_Daud_default_158621177

Walaupun tidak lagi berpeluang mengacarakan rancangan tersebut, namun dia reda dan menghormati keputusan diputuskan oleh pihak TV3.

Dalam pada itu, Azwan tidak menafikan pernah menyuarakan pandangan tentang kegagalan dua pengacara tersebut mengendalikan Melodi kepada penerbit semasa, Michelle, namun menolak andaian dia punca kontrak mereka tidak disambung.

“Kepada haters yang boleh dibilang dengan jari dan sentiasa panas punggung dengan Azwan Ali, tolong hentikan menyalak mengatakan kononnya saya tidak layak jadi hos Melodi.

“Apapun pada tahun 2015, saya telah mendapat tawaran untuk bekerja dengan Media Prima dan saya terima apapun jawatan saya nanti. Thank you kepada Tan Sri Johan Jaafar kerana amat menghormati seseorang yang bernama Azwan Ali.”

Amat dihormati ok… kelas statement kau! – MYNEWSHUB.CC

Azwan Ali Dalam Rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan

Tags: ArtisAzwan Alikontroversi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

29/07/2023
0

PETALING JAYA : Sering muncul dalam beberapa siri pilihan raya atas tiket bebas, selebriti kontroversi, Azwan Ali mengumumkan sudah ‘bersara’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd