• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Palsu Di China Perdaya Duit Pelanggan RM116 Juta

oleh
25/01/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Chinese TV footage of inside the bank showing the counters

BEIJING – Pemerintah China bukan sahaja berhadapan dengan isu duit palsu melibatkan mata wang rasmi yuan, tetapi kini lebih lucu, kewujudan sebuah bank palsu yang lengkap dengan kaunter canggih dan petugas berpakaian seragam.

Media tempatan pada Sabtu melaporkan, bank palsu itu terletak di bandar raya Nanjing, wilayah Jiangsu di timur China dan paling pelik, ia sudah beroperasi setahun lalu tanpa masalah dengan jumlah pelanggan lebih 200 orang.

Siasatan pihak polis mendapati, bank ‘hantu’ itu sebenarnya sebuah koperasi luar bandar yang tiada lesen operasi bank oleh pihak berkuasa China tetapi berjaya mengutip deposit daripada orang ramai sehingga 200 juta yuan (RM116 juta).

Agensi berita rasmi China Xinhua melaporkan, ‘bank’ bersaiz mini itu dikenali sebagai Nanjing Mou Village Economic Cooperation dan ia turut menarik ramai pelanggan sektor perniagaan kecil dari wilayah berjiran, Zhejiang.

Kewujudan bank itu yang menyerupai imej bank wilayah milik pemerintah terbongkar akhirnya selepas seorang usahawan tempatan dikenali Wang dari Hangzhou mahu menuntut semula simpanan terkumpul dirinya sebanyak 12 juta yuan (RM6.9 juta).

Pihak bank itu enggan memulangkan semula semua deposit pelanggan lelaki tersebut malah menafikan pernah menjanjikan kadar pulangan faedah dua peratus seminggu menyebabkan ahli perniagaan itu marah dan membuat laporan polis.

Dalang bank palsu itu dikenali sebagai Liu bersama-sama empat orang pembantunya termasuk seorang wanita; yang cuba melarikan diri ke Macau dengan membawa wang deposit pelanggan, kemudian berjaya diberkas pihak polis.

Majoriti penyimpan wang adalah penduduk tempatan yang sanggup mendepositkan wang mereka kepada akaun bank tersebut kerana terpedaya dengan janji faedah lumayan dengan kadar jauh lebih tinggi berbanding bank-bank rasmi yang lain.

China ada lebih 200 buah bank diiktiraf termasuk puluhan milik institusi perbankan luar negara selepas pemerintah agresif membuka pasaran ekonomi tempatan dengan menganggotai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) lebih 20 tahun lalu.

People’s Bank of China ialah bank pusat negara itu yang mengawal selia dasar mata wang dan kadar faedah semasa manakala China Banking Regulatory Commission memantau sektor perbankan termasuk kelulusan operasi perkhidmatan bank. – Agensi

Tags: BankChinapalsupelanggan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd