• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BANJIR : Mangsa Dipindahkan Di Pahang Kembali Meningkat

oleh Ahmad Albab
15/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Pahang kembali serius apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan negeri itu meningkat pagi ini manakala di Perak, keadaan banjir kian pulih apabila jumlah mangsa yang dipindahkan terus berkurangan.

Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri berkata, jumlah mangsa banjir di Temerloh meningkat kepada 981 orang berbanding 939 orang malam tadi.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir terus berkurangan sebanyak 1,948 orang daripada 538 keluarga pagi ini berbanding 1,952 orang daripada 540 keluarga malam tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata jumlah mangsa banjir di Perak Tengah turun kepada 1,628 orang manakala di daerah Hilir Perak kekal sebanyak 210, Manjung (76), Hulu Perak (34).

Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan banjir.

Bagaimanapun, keadaan banjir di JOHOR masih tidak berubah dengan 18 orang melibatkan empat keluarga masih berada dua pusat pemindahan di Segamat, pagi ini.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, sehingga 8 pagi, 13 orang berada di Balai raya Kampung Batu Badak, Mukim Gemereh manakala lima lagi di Balai raya Kampung Spang Loi, Mukim Buloh Kasap.

Di KELANTAN, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir masih tidak berubah berbanding semalam dengan sebanyak 1,525 daripada 368 keluarga berada di 22 pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan Machang sebanyak 30 orang manakala jumlah mangsa banjir di Kuala Krai kekal 988, Gua Musang (414 orang) dan Tanah Merah (93 orang). – BERNAMA 

Tags: BanjirPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

21/12/2025
0

KENYATAAN anggota DPR Indonesia, Alex Indra Lukman, yang menegur orang ramai agar tidak mengambil kayu gelondongan sisa banjir kerana ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd