• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Jepun Beri Bantuan Kecemasan RM500 Ribu

oleh AK-47
03/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Musibah banjir yang melanda di beberapa buah negeri di pantai timur dan Pahang dan Perak telah mencatatkan episod duka kepada negara Malaysia khususnya buat kesemua mangsa banjir.

Tragedi ini sekaligus mendapat perhatian kerajaan Jepun apabila mereka bersetuju untuk membantu memberi bantuan kemanusiaan kecemasan bernilai lebih RM500,000 kepada negeri-negeri yang terjejas banjir di Malaysia.

Bantuan kerajaan Jepun melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (Jica) ini amatlah dihargai sekaligus memperlihatkan keprihatianan negara tersebut dalam membantu permasalahan bencana alam yang menimpa beberapa negeri di Malaysia.

Memetik laporan Berita Harian, dalam kenyataan hari ini, kedutaan Jepun di Kuala Lumpur memberitahu, bantuan berkenaan adalah hasil rundingan bersama pihak berkuasa Malaysia sejak beberapa hari yang lalu.

“Kerajaan Jepun kini bersedia menawarkan dan menyediakan peralatan dan kemudahan bantuan kecemasan termasuk generator, pembersih air dan barang-barang kemanusiaan lain melalui Jica,” kata kenyataan itu.

Pada masa yang sama, menerusi kenyataan tersebut menyatakan kerajaan dan rakyat Jepun meluahkan perasaan simpati kepada rakyat Malaysia ekoran banjir besar yang melanda hingga mencatatkan banyak jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan.

Kerajaan Jepun juga turut menyatakan kesediaan pihak mereka untuk membantu Malaysia dalam apa jua kejadian tragis dan berharap moga kerajaan Malaysia dan rakyatnya akan tabah menghadapi kesukaran itu.- MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO KEADAAN BANJIR YANG BERLAKU

https://www.youtube.com/watch?v=lol6PobMWnw

 

Tags: Banjirjepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd