• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: BNM Peruntuk Bantuan Khas RM500 Juta

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) memperuntukan bantuan khas berjumlah RM500 juta bagi membantu perniagaan yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

BNM dalam satu kenyataan media memberitahu, melalui kemudahan itu, pemilik perniagaan terlibat boleh mendapatkan pembiayaan pada kadar yang lebih rendah daripada pihak bank.

Kata kenyataan itu, bank terlibat adalah Bank Perdagangan, Bank Islam, SME Bank, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank.

“BNM akan menyediakan jaminan sebanyak 60 peratus untuk pembiayaan yang diperoleh melalui Credit Guarantee Corporation Berhad (CGC). Tiada cagaran tambahan diperlukan untuk pembiayaan di bawah Kemudahan Bantuan Khas ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, jumlah pembiayaan maksimum kemudahan itu sebanyak RM500,000 bagi setiap kumpulan syarikat dan kadar pembiayaan efektif sehingga 2.25 peratus setahun.

Tambah kenyataan itu, tempoh pembiayaan sehingga lima tahun dengan tempoh penangguhan bayaran selama enam bulan.

Jelas kenyataan itu, perusahaan perniagaan yang memerlukan bantuan boleh mengemukakan permohonan kepada mana-mana institusi kewangan peserta.

“Kemudahan ini disediakan mulai hari ini sehingga 30 Jun 2015 atau sehingga semua peruntukan digunakan sepenuhnya yang mana terdahulu.

“Orang ramai boleh menghubungi terus pusat perhubungan pelanggan institusi kewangan mereka untuk pertanyaan atau bantuan. Orang ramai juga boleh menghubungi Telelink BNM ditalian 1-300-88-5465 untuk maklumat lanjut atau bantuan,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd