• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 5 Negeri Hampir Pulih, Mangsa Di Sabah Meningkat

oleh Ahmad Albab
04/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor menurun kepada 74,098 orang setakat pagi ini namun angka itu sedikit meningkat di Sabah apabila semakin banyak penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di beberapa bandar di negeri itu.

Di KELANTAN, walaupun cuaca mendung dengan hujan sedikit-sedikit di beberapa tempat, lebih banyak mangsa banjir sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Setakat ini, jumlah mangsa menurun kepada 24,020 orang yang berada di 114 pusat pemindahan berbanding 26,029 orang malam tadi, menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan.

Jumlah mangsa di Tanah Merah adalah sebanyak 14,184 orang, Kuala Krai (3,636), Gua Musang (3,006), Machang (2,555), Kota Baharu (515) dan 124 orang di Tumpat.

Di PAHANG, jumlah mangsa juga menurun kepada 42,938 orang berbanding 43,624 orang malam tadi, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Hanya tujuh daerah yang direkodkan terjejas banjir iaitu Temerloh sebanyak 20,962 orang, Pekan (11,063), Jerantut (3,792), Bera (3,479), Maran (2,168), Kuantan (1,074) dan 400 orang di Lipis.

Sementara itu, keseluruhan laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Tol Plaza Karak ke Tol Plaza Jabor telah dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan pagi ini.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa kekal 143 orang dengan hanya satu pusat pemindahan dibuka iaitu di Dungun.

Di PERAK, jumlah mangsa menurun kepada 6,881 orang daripada 1,889 keluarga berada di 46 pusat pemindahan di lima daerah iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Manjung dan Hilir Perak, berbanding 7,158 orang malam tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata mangsa banjir di daerah Perak Tengah menurun kepada 5,096 orang, Kuala Kangsar (636), Hulu Perak (739), Manjung (140) dan 270 orang di Hilir Perak.

Di JOHOR, mangsa banjir tidak berubah dengan 116 orang daripada 24 keluarga sehingga pukul 9 pagi tadi ini dengan enam pusat pemindahan iaitu satu di daerah Batu Pahat dan lima di daerah Segamat masih dibuka.

Berbeza di SABAH, jumlah mangsa meningkat kepada 910 orang berbanding 615 orang malam tadi dan ditempatkan di lima pusat pemindahan di tiga daerah, demikian menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Sabah.

Kota Belud mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 810 orang diikuti Kota Marudu (82) dan 18 mangsa di Pitas.- BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd