Selain Legoland, Taman Tema Angry Birds juga antara taman tema yang baru dibuka di Johor Bahru, Oktober lalu.
Terletak di Komtar Johor Bahru City Plaza (Komtar JBCC), ia mempunyai keluasan yang cukup besar iaitu seluas 26,000 kaki persegi.
Terdapat 24 seksyen interaktif termasuk katil anti graviti, laser spaceship, go-kart dan banyak lagi, ia sememangnya tempat yang cukup menyeronokkan untuk berhibur bersama keluarga.

BACA: Taman Tema Angry Bird Dibuka Di JB, Jumaat Ini
Tapi apa yang kurang menyenangkan adalah, cara promosi taman tema tersebut yang dianggap ‘menghina’ kereta nasional Malaysia iaitu Proton.
Isu itu ditimbulkan selepas admin Facebook Kelab Che Det memuatnaik gambar menunjukkan Angry Bird ‘mendarat’ di atas sebuah Proton Wira.
Justeru, ramai mempersoalkan mengapa kereta nasional yang dipilih berbanding kereta buatan luar negara yang lain.
Kami sendiri tidak pasti adakah ia dilakukan secara tidak sengaja atau mempunyai niat tertentu.
Kalau betul tak sengaja tak apalah tapi harapnya selepas ini pihak pengurusan taman tema tersebut lebih sensitif khususnya dalam pemilihan props untuk promosi.
Pendek kata janganlah sampai merendah-rendahkan produk negara yang memberi peluang lokasi taman tema mereka itu dibuka! -MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=TQxlVqqnxgQ
Oleh: ELZA






