Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Proses Pembenihan Awan Di...

SEREMBAN - Orang ramai di negeri ini diminta terus mengamalkan penggunaan air bersih...

Giliran Gobind Singh Kritik...

Belum reda lagi isu ketidkhadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke...

Erdogan Menang Pungutan Suara...

ANKARA - Presiden Tayyip Erdogan mengisytiharkan menang pungutan suara yang memberi kuasa lebih...

SUKMA: Perak Dipaksa Kerja...

LUMUT - Juara dua kali berturut-turut acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma), Perak...

Ancaman Bom KLCC, Datuk Bandar Risau Ia Dikaitkan ISIS

MEMETIK laporan akhbar New Straits Times semalam (Ahad), Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menerima sepucuk surat ancaman mahu mengebom bangunan ikonik negara, KLCC andai pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) gagal memasukkan RM10 juta dalam empat akaun bank.

Lantas, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Taib berkata, beliau khuatir ancaman tersebut akan dikaitkan dengan kumpulan militan negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Datuk Seri Ahmad Phesal Talib

Bercakap kepada akhbar Sinar Harian hari ini (Isnin), beliau berkata, “KLCC merupakan tarikan pelancong, jika perkara ini diperbesarkan dan sampai kepada pengetahuan masyarakat luar negara, bimbang mereka tidak mahu datang.”

Justeru bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, beliau telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Walaupun sebelum ini ada ancaman bom seperti di Paris dan Sydney, kita tidak mahu menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai.”


bkt-aman-m5-May

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati ugutan tersebut dilakukan oleh individu yang terganggu.

Dalam terbitan akhbar News Straits Times semalam, beliau turut berkata, hasil siasatan terhadap keempat-empat akaun tersebut mendapati ia milik empat individu berbeza yang dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Laporan Berita Tentang Rreaksi Datuk Bandar KL Setelah Kuala Lumpur Terpilih Sebagai Salah Satu Bandar Menakjubkan Di Dunia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori