Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Gerai Hipster Makan Laksa,...

ZAMAN sekarang ni kalau nak buat business, fikiran mesti kreatif agar mampu mengeluarkan...

Anak Kim & Kourtney...

EMPAT cucu Kris Jenner menghiasi kad Krismas keluarga glamor Kardashian dan Jenner yang dikirim...

Pengguna Terkejut Terima Bil...

BAGAIKAN harga sebuah kereta Proton Saga baharu, itu situasi malang yang dihadapi oleh seorang pemuda...

Video: Jamal Pula Rakam...

TIDAK serik dengan kritikan yang diterima sebelum ini, kumpulan Baju Merah kembali mencetuskan...

Anak Polis Maut, Jatuh Dari Tingkat Enam Kuarters FRU

AJAL dan maut sememangnya takdir ketentuan Ilahi.

Seorang remaja lelaki maut selepas terjatuh dari kediaman keluarganya di tingkat enam kuarters Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Padang Tembak, Air Itam, Georgetown tengah hari tadi (Isnin).

Kejadian pada pukul 1.15 petang itu mengakibatkan mangsa, Mohd Hizri Jaafar, 18 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Mangsa merupakan anak salah seorang anggota polis yang berkhidmat di sana.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa maut lima minit sebelum ambulan tiba di lokasi kejadian.


“Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, setakat ini kes remaja berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-MYNEWSHUB.CC

Video Budak Jatuh Bangunan ( Tiada Kena Mengena Kes Di Atas)
https://www.youtube.com/watch?v=R4JTLcILf8A

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori