• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Jackie Chan Dipenjara Setengah Tahun Kerana Dadah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Anak kepada pelakon aksi terkenal, Jackie Chan iaitu Jaycee Chan dilaporkan telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan kerana kesalahan berkaitan dadah.

Chan, 32, dijatuhi hukuman bersalah oleh sebuah mahkamah di wilayah Dongcheng, Beijing, atas pertuduhan melindungi individu yang mengambil dadah.

[BACA INI JUGA: Anak Jackie Chan Ditahan Di Beijing Kerana Dadah]

Mengimbas kembali kejadian pada Oogos lalu, polis yang menyerbu kediaman Chan menemui sejumlah 100 gram dadah jenis marijuana dan dia berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga tahun.

Penangkapan Chan berlaku ketika pihak berkuasa China sedang menjalankan operasi besar-besaran membasmi masalah penagihan lantas menyaksikan beberapa orang selebriti di negara itu turut ditangkap.

_77028096_77490800

Pada Jun tahun lalu, Presiden Xi Jinping mengarahkan pihak polis untuk mengambil tindakan bagi menghentikan penggunaan bahan terlarang itu dalam kalangan rakyatnya.

Menurut laporan dari BBC Nnews itu, penangkapan tersebut yang melibatkan seorang anak selebriti paling berpengaruh di negara itu menunjukkan negara tersebut tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu itu.

Jaycee Chan bersama seorang pelakon Taiwan, Kai Ko, 23, telah ditahan di kediaman Chan di Beijing kerana didapati positif dadah jenis marijuana ketika menjalani ujian urin.

Jackie Chan, yang telah diangkat sebagai duta Kawalan Narkotik pada tahun 2009 oleh pihak polis China berkata, dia berasa malu dan sedih dengan tingkah laku anaknya itu. – MYNEWSHUB.CC

 

Laporan Berita Tentang Jaycee Chan Didakwa Atas Kesalahan Membabitkan Dadah

https://www.youtube.com/watch?v=k5SJUv-yP2Q

Tags: Jackie Chankes dadahPenjarapolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jasa Ratusan Tahun Sekalipun Bukan Alasan Menyakau Merompak Harta Rakyat, Pelaku Rasuah Tempatnya Di Penjara – PMX Anwar

Jasa Ratusan Tahun Sekalipun Bukan Alasan Menyakau Merompak Harta Rakyat, Pelaku Rasuah Tempatnya Di Penjara – PMX Anwar

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jasa seseorang individu walaupun selama ratusan tahun tidak boleh dijadikan...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd