• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas Peserta Demontrasi

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kecewa dengan demonstrasi yang diadakan pihak tertentu bagi membantah projek Datum Jelatek oleh Datumcorp International (DCI) di Keramat semalam.

Pengurus Besarnya yang juga Pengerusi DCI, Azlan Md. Alifiah berkata, PKNS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengakibatkan kerosakan harta benda di tapak projek berkenaan.

“Apa yang berlaku amat mengecewakan kerana demonstrasi yang pada mulanya aman bertukar ganas apabila ada beberapa individu bertindak merobohkan dan memecahkan pagar penghalang di tapak projek.

“Kami memandang berat perkara ini dan tindakan undang-undang bakal diambil ke atas mereka yang terlibat, malah pihak DCI telah membuat laporan polis ke atas pencerobohan dan keganasan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan media malam tadi.

Azlan mendakwa, PKNS dan DCI telah mengambil pelbagai inisiatif dengan mengadakan perjumpaan dengan penduduk sekitar Taman Keramat sebelum ini bagi menerangkan dengan lebih jelas mengenai projek itu.

“PKNS dan DCI sentiasa menerima pandangan dan cadangan daripada penduduk di sekitar kawasan pembangunan Datum Jelatek ini bagi memastikan mereka benar-benar faham tujuan pembangunan projek ini.

“Kita telah mengadakan perjumpaan dan berdialog bersama penduduk sekitar, malah kami telah menerima reaksi positif daripada keseluruhan penduduk di sini yang menyokong projek ini,” dakwa beliau.

Beliau mendakwa, Projek Datum Jelatek dibangunkan DCI yang merupakan anak syarikat milik penuh PKNS yang menggabungkan kediaman, komersial, pejabat dan komponen runcit.

Dakwanya lagi, sehingga 14 Januari 2015, projek berkenaan telah mendapat sambutan baik dan setakat ini 1,097 bakal pembeli Bumiputera yang menunjukkan minat telah mendaftar, angka yang dicatatkan adalah melebihi dari 674 unit disediakan.

Media semalam melaporkan kira-kira demonstrasi oleh seramai 1,000 peserta bagi membantah projek itu menjadi tegang apabila sebahagian mereka bertindak merobohkan dinding penghadang tapak projek berkenaan. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=7_A5O21dC94

Tags: demonstrasiPKNS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Saksikan Demonstrasi Udara Sukhoi Su-57E Oleh ‘Hero Of Russia’ – Sergei Bogdan

Sultan Ibrahim Saksikan Demonstrasi Udara Sukhoi Su-57E Oleh ‘Hero Of Russia’ – Sergei Bogdan

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyaksikan demonstrasi jet pejuang pelbagai peranan generasi kelima, Sukhoi Su-57E...

PDRM Ambil Tindakan Tegas Demonstrasi Isu Kalimah ALLAH

12/03/2021
0

IPOH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang yang berhasrat mengadakan demonstrasi berhubung keputusan Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd