• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amaris Sangkal Berlaku Sengketa Dengan Bekas Pengurus

oleh Ahmad Albab
26/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Amran Ismail atau kini dikenali sebagai Amaris menyangkal dakwaan kononnya dia mengalami konflik dengan pengurusnya sehingga menyebabkan wanita berkenaan mengambil keputusan untuk berundur daripada terus menguruskan kerjayanya sejak beberapa bulan lalu.

Amaris, 30, berkata, hubungan mereka masih kekal baik dan wanita berkenaan mengambil keputusan tersebut kerana terlalu sibuk menguruskan syarikat dan bimbang tidak dapat berlaku adil kepadanya.

“Tiada pergaduhan, konflik atau sengketa di antara kami dan keputusan itu dibuat kerana dia terlalu sibuk dengan urusan syarikatnya dan pada masa sama terpaksa menguruskan kerjaya saya.

“Jadi sebab itu dia mengambil keputusan mengundurkan diri dan Alhamdulillah hubungan kami masih kekal baik,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Amaris berkata, buat masa ini dia tidak bercadang untuk mencari pengganti sebaliknya mahu berdikari dan mempelajari selok-belok pengurusan kariernya.

“Sebelum ini saya banyak bergantung kepada pengurus dan ini adalah masa saya uruskan semua sendiri.

“Banyak perkara yang saya abaikan sebelum ini sekarang banyak memberi pengajaran kepada saya dan Alhamdulillah saya semakin berdikari,” ujarnya.

Sementara itu, Amaris mengakui, dia lebih banyak mendapat tawaran berlakon di Brunei dan kerap berkunjung ke negara itu untuk menjalani penggambaran.

Jelas Amaris, dia menganggap tawaran tersebut sebagai rezeki dan tidak pernah sesekali mengabaikan kariernya di negara sendiri.

“Alhamdulillah rezeki. Penerimaan mereka terhadap saya juga cukup baik dan berharap kerjasama seperti itu akan terus berkekalan di antara dua negara.

“Pun begitu saya masih memberi fokus kepada kerjaya di Malaysia dan ada beberapa projek yang telah pun dipersetujui,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd