BUAT pendengar stesen radio Mix FM pastinya anda merindui celoteh riang-ria Sarimah Ibrahim tatkala mengiringi anda ke tempat kerja setiap hari.
Tapi, tak perlu risau lagi kerana penggantinya pun tak kurang havoc dan ceria seperti Sarimah, iaitu pelakon dan pengacara, Aishah Sinclair yang telah diberi tanggungjawab untuk mengalas tugas tersebut.
Selebriti berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu mula bergandingan dengan penyampai Rod setiap pagi dalam segmen The Mix FM Breakfast yang bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi, setiap Isnin hingga Jumaat.
Mix FM merupakan stesen radio yang menyasarkan pendengar di kalangan usia 25 hingga 39 tahun.
Stesen di bawah pengurusan Rangkaian Astro Radio ini juga memainkan gabungan lagu-lagu kotemporari era 90-an hingga kini. -MYNEWSHUB.CC


