• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afdlin Shauki Tegur Pihak Hulur Bantuan, Harap Publisiti

oleh Ahmad Albab
05/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Afdlin Shauki berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan mencari publisiti media ketika menjalani misi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 43, menerusi status akaun Facebook miliknya berkata, dia sedih apabila melihat ada segelintir pihak menghulurkan bantuan sambil mengharapkan nama organisasi yang diwakili mereka lebih dikenali.

“Sangat kasihan kepada mereka yang memberi bantuan sambil mengharapkan publisiti… kasihan. Mari kita belajar jadi orang ikhlas dan belajar menjauhi riak. Syaitan sentiasa mengintai peluang untuk kurangkan pahala kita,” katanya.

Sementara itu, Afdlin turut memberi nasihat bahawa sesiapa yang terlibat dengan misi bantuan kemanusiaan itu, mereka tidak perlu mendedahkan oraganisasi yang diwakili kepada semua pihak melainkan jika berurusan dengan pihak yang berwajib.

“Sekadar peringatan dari Ustaz Halim Hafiz, ketika menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir, kami dinasihatkan supaya hanya mendedahkan organisasi yang diwakili kami jika perlu.

“Jadi kami hanya perkenalkan diri ketika berurusan dengan pihak berwajib. Dengan mangsa banjir pun tidak perlu. Hanya senyum dan gembirakan mereka. Itu saja.

“Kan Nabi (Muhammad S.A.W) kata, antara tujuh golongan yang mendapat lindungan Allah di padang mahsyar ialah mereka yang memberi daripada tangan kanan, tetapi tangan kiri tidak tahu,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Afdlin ShaukiBanjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd