• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Sekolah Di Kelantan Masih Ditutup Akibat Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Sebanyak enam sekolah di Kelantan tidak dapat dibuka pada sesi persekolahan tahun ini, yang bermula hari ini, kerana masih terjejas akibat banjir bulan lepas.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata status sekolah terbabit iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong, SK Kemubu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang terletak dalam jajahan Kuala Krai serta SK Tohoi, SK Pasir Tumboh dan SK Balar di jajahan Gua Musang, akan disemak setiap hari.

“Kita akan buat semakan setiap hari dan tengok laporan, sekolah akan dibuka secepat mungkin tetapi bergantung kepada proses pembersihan lumpur di sekolah terbabit,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pakaian seragam sekolah kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut (SMKKL) di sini, hari ini.

Idris berkata pihaknya juga menjangkakan peralatan seperti kerusi dan meja dapat dihantar ke sekolah yang terbabit bencana banjir dalam tempoh seminggu, sementara buku teks akan dihantar bulan ini kerana ia perlu dicetak terlebih dahulu.

Sesi persekolahan tahun ini di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor bermula hari ini, manakala bagi negeri-negeri lain bermula esok.

Idris juga turut menyarankan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) membantu kerajaan membina rumah untuk mangsa banjir yang kediaman hilang atau rosak teruk akibat bencana itu.

“Kalau ada 20 IPT dan satu IPT boleh bina 20 buah rumah sudah jadi 400 buah rumah, jangan tunggu semuanya dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Di Kelantan, sebanyak 2,677 rumah musnah sepenuhnya akibat banjir yang melanda negeri itu pada bulan lepas.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Hussain Awang. – BERNAMA

Tags: BanjirSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd