• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

56 Mati Selepas Minum Bir Tercemar Di Mozambique

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAPUTO – Sekurang-kurangnya 56 orang mati di sini semalam selepas minum bir tradisional yang sudah tercemar, kata pihak berkuasa kesihatan Mozambique.

Selain itu, seramai 49 orang lagi dikejarkan ke hospital di daerah Chitima dan Songo di timur laut wilayah Tete manakala 146 orang lagi dilaporkan diperiksa disebabkan keracunan.

Pegawai kesihatan daerah, Alex Albertini berkata, mereka yang meminum bir terbabit itu menghadiri majlis pengebumian di situ kelmarin.

Pombe, bir tradisional Mozambique diperbuat daripada sekoi (tumbuhan) atau tepung jagung.

Pihak berkuasa percaya minuman itu bercampur dengan hempedu buaya ketika majlis berkenaan berlangsung.

Sehubungan itu, Pengarah hospital wilayah itu, Carle Mosse berkata, sampel darah dan bir tradisional itu dihantar ke Maputo untuk diuji.

“Kami tidak mempunyai kemudahan untuk membuat ujian,” katanya.

Katanya, keadaan mungkin bertambah buruk kerana wilayah berkenaan tidak mempunyai kemudahan mencukupi bagi mengendalikan masalah terbabit.

Tetamu yang hadir pada majlis pengebumian itu meminum bir berkenaan pada sebelah pagi dilaporkan tidak mengalami sebarang penyakit manakala mereka yang minum pada sebelah petang dilaporkan mengadu tidak sihat. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=Cj1f0mgIVB4

Tags: arakmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd