• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

35 Maut Dipijak Di Shanghai, Seorang Rakyat Malaysia Cedera

oleh AK-47
02/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Satu acara tahun baru di kawasan bersejarah Shanghai malam tadi telah menyebabkan 35 orang maut dan 48 yang lain cedera termasuk seorang rakyat Malaysia kerana dipijak.

Laporan stesen berita China, CCTV melaporkan 10 orang lelaki dan 25 orang wanita meninggal dunia dengan mangsa paling muda berusia 16 tahun.

Mangsa cedera selain rakyat Malaysia ialah tiga warganegara Taiwan, lapor akhbar People’ Daily.

MENARIK – Tiada Sambutan Tahun Baru 2015 Di Jawa Timur – Gabenor

Pihak berkuasa Shanghai kemudian bertindak membatalkan semua acara sambutan tahun baru selepas tragedi itu berlaku.

Presiden China, Xi Jinping telah memberi arahan untuk pihak berkuasa melakukan apa sahaja di bawah kuasa mereka untuk membantu mangsa yang cedera dan menjalankan siasatan segera mencari punca insiden berkenaan.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 11.35 malam tadi di Dataran Chenyi dalam wilayah Huangpu satu kawasan waterfront yang sibuk di tengah Shanghai, lokasi kebiasaan orang ramai berkumpul pada setiap sambutan tahun baru.

TragediShanghai_5
Ahli keluarga mangsa tragedi sambutan tahun baru Shanghai cuba merempuh halangan polis di sebuah hospital di mana mangsa yang cedra ditempatkan untuk rawatan. – Foto AFP

TragediShanghai_2 TragediShanghai_3

Menurut laporan akhbar Shanghai, The Paper pula, ketika kejadian kupon-kupon yang mirip wang kertas Dolar Amerika telah dicampak dari tingkat 18 sebuah bangunan tinggi  kira-kira tiga minit insiden dipijak berlaku.

Seorang saksi Wu Tao yang berjaya menyelamatkan seorang wanita berkata, kupon itu menyebabkan kekecohan seketika di kawasan sambutan berkenaan.

Saksi lain, Cui Tingting, 27, berkata dia ada mengutip kupon berkenaan tetapi kemuidan membuangnya selepas menyedari ia adalah palsu.

“Ia terlalu kejam, orang di hadapan kami sudah terjatuh dan orang yang lain terus memijak mereka,” katanya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa insiden pijak-memijak itu berlaku disebabkan kupon-kupon itu. – MYNEWSHUB.CC

 

Tags: ChinamautTRAGEDI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd