BUTTERWORTH – Tiga kedai sederet, sebuah rumah dan sebuah lori tiga tan hangus dalam kebakaran di Kampung Manis, Perai di sini tengah malam tadi.
Jurucakap bomba berkata lima jentera dengan 25 anggota telah dibantu 43 anggota bomba sukarela untuk mengawal kebakaran daripada merebak.
“Bomba menghadapi kesukaran untuk memadamkan api kerana angin kuat. Api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 2.28 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. – BERNAMA

