• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Jenis Penempatan Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
11/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Jawatankuasa Menangani Pasca Banjir (JMPB) negeri Kelantan sedang giat menyiapkan penempatan untuk mangsa banjir melalui tiga fasa secara berperingkat.

Pengerusi Bersama jawatankuasa itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata fasa pertama melibatkan penempatan serta-merta bagi mangsa yang hilang tempat tinggal dan masih berada di pusat-pusat pemindahan banjir.

“Fasa seterusnya ialah menyediakan penempatan berbentuk transit, sementara menunggu penempatan fasa tiga iaitu penempatan secara kekal dapat disiapkan sepenuhnya,” kata beliau.

Antara bentuk penempatan transit yang sedang dipertimbang termasuk model 21 rumah transit yang disumbangkan kerajaan negeri Terengganu dan penyewaan lot rumah kedai untuk digunakan sebagai rumah.

Mustapa berkata demikian selepas meninjau perkembangan terkini pusat penempatan sementara yang hampir siap di tapak Bandar Utama Gua Musang, di sini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusoff dan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.

Dibangunkan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara, kerajaan negeri Kelantan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pusat ini boleh menempatkan 100 keluarga pada satu-satu masa.

Ia turut dilengkapi kemudahan asas seperti tandas, tempat membasuh, bekalan elektrik menggunakan tenaga solar dan air. – BERNAMA

Tags: mangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd