Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Pergh! PM India Twit...

KEBANGGAAN buat rakyat Malaysia apabila perdana menteri India, Narendra Modi menggunakan bahasa kebangsaan...

Penganalisis Ramal BNM Naikkan...

Beberapa pakar ekonomi menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar asasnya sebanyak 25...

Wang Tunai RM3.5 Juta...

PUTRAJAYA - Sejumlah RM3.5 juta wang tunai ditemui di rumah ketua sindiket kartel...

Imam Al-Azhar Batal Jumpa...

KAHERAH - Imam besar Masjid Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb membatalkan pertemuannya dengan Naib...

18,288 Pati Dihantar Pulang Tahun Lepas – MKN Sabah

TAWAU – Sebanyak 18,288 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah dihantar pulang ke negara asal masing-masing sepanjang tahun lepas, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Setiausaha MKN Sabah Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, 14,238 adalah dari Filipina, Indonesia (3,782 orang) dan negara-negara lain (268 orang).

“Kesemua PATI yang dihantar pulang itu adalah antara 20,096 orang yang ditahan sepanjang 2014 dan sebahagiannya masih berada di Pusat Tahanan Sementara (PTS),” katanya pada sidang media di PTS Tawau, di sini, hari ini.

Sementara itu, Rodzi berkata bagi tempoh 1 Januari sehingga hari ini, sebanyak 1,479 PATI telah dihantar pulang.

Katanya, 1,165 daripada jumlah itu adalah warga Filipina dan selebihnya 314 orang berasal dari Indonesia.


Sementara itu, Rodzi berkata pihaknya telah menahan sebanyak 140 PATI dalam operasi dua hari berakhir semalam, di sekitar Tuaran dan Kota Belud.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur 18 bulan hingga 58 tahun dengan 132 daripadanya berasal dari Filipina serta lapan orang lagi dari Indonesia.

“Kesemua mereka ditahan di kawasan tapak pembinaan, rumah kongsi, kawasan umum dan di premis perniagaan di sekitar daerah berkenaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori