• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wow!! Ahli Parlimen Belia Ada Setiausaha Sulit Kanan??

oleh AK-47
21/12/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini kecoh cerita tentang lambang Ahli Parlimen Belia Malaysia (PBM) digunakan segelintir ahli pada kereta mereka.

Terbaharu, keluar satu lagi cerita lebih hebat berkisar tentang sifat poyo ahli PBM.

Melalui satu surat rasmi berkaitan Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) 2014, dikesan ada Ahli PBM sudah ada Setiausaha Sulit Kanan.. wow mengalahkan Menteri dan Timbalan Menteri!

Difahamkan, tarikh bersidang bagi semua Ahli PBM dipilih pada 10 Januari tahun depan di Dewan Rakyat dan akan diadakan selama lima hari, sebanyak tiga kali setahun.

MENARIK – Ehem, Ada Ahli Parlimen Belia Dah Berangan Jadi ‘Diva Politik’

PBM secara keseluruhannya diwakili oleh 135 wakil termasuk 15 orang menerusi lantikan khas yang terdiri daripada wanita dan kumpulan etnik serta Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dalam isu SUSK ini, sepucuk surat dihantar oleh sebuah organisasi dipimpin oleh Ahli PBM yang tidak didedahkan namanya, kepada Komandan Maktab Tentera Diraja memberitahu pihak maktab bahawa Ahli PBM berkenaan bersetuju hadir majlis perbarisan tahunan institusi itu.

ParlimenBelia_1

ParllimenBelia_2

Di bahagian bawah surat berkenaan, tertera perkataan biasa dalam surat rasmi majlis berkaitan ahli politik iaitu “Saya Yang Menjalankan Tugas” diikuti jawatan individu yang menulis surat berkenaan, iaitu Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Hasil tinjauan lanjut, surat itu datang daripada Ahli PBM wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Mark Yogaraj.

Mark dalam penjelasan di laman Facebook kepada Mynewshub berkata, surat berkenaan ditulis oleh pihak ketiga tanpa pengetahuannya dan Setiausaha Kerja beliau dalam Pergerakan Belia Inspirasi.

“Saya tidak mempunyai SUSK dalam pertubuhan atau dimana-mana sahaja. Surat itu dikeluarkan oleh pihak ketiga tanpa laluan saya dan Setiausaha Kerja Saya.

“Setiausaha Kerja, Meshach JV akan memberi perjelasan mengenai isu ini kepada pihak KBS (Kementerian Belia dan Sukan),” jelasnya.

ParlimenBelia_2

Sementara itu, seorang bekas calon Ahli PBM dari Kelantan, Nik Mohd Haikal Shafie berkata tindakan wakil Parlimen belia menggunakan lambang pada kereta tidak perlu dan ia jelas bersifat keterlaluan.

“Ahli Parlimen Belia bukanlah seperti Ahli Parlimen yang dilantik dan diberi mandat melalui Pilihan Raya Umum, dan hanya bersidang beberapa hari setahun dan memegang mandat cuma selama dua tahun.

“Baru sahaja dilantik sebagai Ahli Parlimen Belia sudah mula mendabik dada, buktikanlah sumbangan dan bakti terlebih dahulu,” katanya kepada Mynewshub hari ini.
– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Debat Calon Parlimen Belia Malaysia

Tags: Ahli ParlimenBelia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penipu! Individu Guna Foto Orang Lain Untuk Raih Sumbangan

Next Post

Lawak.. 6 Perkara Perempuan Buat OK, Lelaki Buat KO

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

07/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen dan senator bersara tidak berhak menikmati kenaikan pencen apabila semakan gaji dibuat. Ketika membenarkan...

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

12/07/2024
0

Putrajaya : Pemecatan enam Ahli Parlimen yang merupakan bekas ahli Bersatu tidak ditakrifkan sebagai lompat parti sehingga mereka perlu mengosongkan...

Next Post

Lawak.. 6 Perkara Perempuan Buat OK, Lelaki Buat KO

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd