• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Terjatuh Gaung Di Bukit Bendera

oleh Ahmad Albab
03/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam gaung di Jalan Pokok Cheri, Bukit Bendera di sini malam tadi.

Cheng Seng Lee, 75, ditemui mati dalam gaung berkedalaman 25 meter itu oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 10.24 malam berhampiran stesen nombor dua Bukit Bendera.

Penolong Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Peyelamat Pulau Pinang V. Sasikala berkata pihaknya terpaksa berjalan kaki selama 45 minit untuk mendaki bukit itu dan mayat mangsa dapat dibawa turun ke kaki bukit pada 11.15 malam.

“Mangsa dipercayai terjatuh bersama motosikalnya ketika menuruni bukit. Kami dapati laluan ke bukit agak curam dan sempit selain permukaan yang licin selepas hujan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata 10 anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan kehilangan warga emas itu pada 8 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak keluar ke kebun miliknya yang terletak di kawasan bukit itu, 3 petang semalam.

“Mangsa berseorangan ke kebun itu dan pemeriksaan awal mendapati dia mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat terhentak dan motosikalnya turut menghempap badannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: warga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd