Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Potensi Lumpur Banjir Akan...

KUALA LUMPUR - Tatkala limpahan lumpur mengundang keresahan mangsa banjir, Universiti Malaysia Perlis...

Johor Perkenal Sistem Bayar...

JOHOR: Dengan perkembangan dunia teknologi masa ini, beberapa cara telah dikaji untuk memudahkan...

Keperluan Rakyat Pendapatan Rendah...

SEMPORNA - Kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat khususnya berpendapatan rendah dengan menyediakan perkhidmatan terbaik...

PRU15: Spekulasi Orang BN...

PETALING JAYA – Spekulasi bertiup kencang sejak petang tadi mendakwa beberapa nama besar...

Warga Emas ‘Mandi Darah’ Ditetak Penyamun Bertopeng

GILA dan tidak berperikemanusian!

Seorang penyamun samseng sanggup menetak kepala seorang lelaki yang merupakan warga emas hingga menyebabkan mangsa menerima 15 jahitan di kepalanya.

Kejadian di Kampung Parit Yaani Tengah, Batu Pahat ini berlaku pagi Khamis, kira-kira pukul 7.

Mangsa, Mohd Fadhil Sayuti, 73 tahun dikatakan berlari mendapatkan isterinya Zainab Tarmidi, 59, yang berteriak di belakang rumah apabila ternampak kelibat seorang lelaki bertopeng.

Hal ini menyebabkan pergelutan berlaku antara mangsa dan penyamun.

Menurut laporan Harian Metro, anak mangsa, Hajarul Aisyah Mohd Fadhil, 26, memberitahu ibu bapanya hanya tinggal berdua ketika kejadian tersebut.


“Sebaik ternampak lelaki terbabit, ibu menjerit dan bapa terus ke belakang rumah untuk melihat sebelum berlaku pergelutan dengan penyamun itu,” katanya.

Malangnya, penyamun tersebut sempat melarikan barang kemas isteri mangsa sebelum melarikan diri.

Mangsa yang juga merupakan seorang pesara guru telah dikejarkan ke Hospital Batu Pahat, Johor untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad turut mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.- MYNEWSHUB.CC

VIDEO TETAK BERKALI-KALI
https://www.youtube.com/watch?v=g1_PcoOZolg

  • Lagi berita berkaitan:
  • tetak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori