• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Kertas Not RM50 & RM100 Tersebar. Betul Ke Tulen?

oleh Ahmad Albab
18/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari kebelakangan ini, laman sosial Facebook jadi medan perkongsian foto not terbaharu bagi matawang Ringgit Malaysia bernilai RM50 dan RM100.

Melalui muat naik dan perkongsian para pengguna, foto not terbaharu itu menunjukkan nilai RM50 berwarna biru dan jingga serta memaparkan imej beberapa bangunan ikonik Malaysia seperti KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Menara Kuala Lumpur.

Namun, ramai tertanya-tanya dan meragui kesahihan foto ini terutama bagi nilai matawang RM100 yang disaluti warna emas pada keseluruhan not.

Memetik laporan The Rakyat Post, not RM50 dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Sukom Ninety Eight Bhd sebagai memperingati Sukan Komenwel pada 1998.

syahrilhafiz-wangkertasmalaysia-rm50

Not sah tersebut dikeluarkan lebih kepada item koleksi bagi pengumpul not matawang dan dihasilkan pada kuantiti terhad iaitu sebanyak 500,000 unit sahaja. Ia dijual pada harga RM80 bagi setiap keping.

Uniknya, not tersebut memiliki tandatangan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don.

Tak hairanlah, nilainya dikatakan telah meningkat pada harga RM500 bagi setiap helai not.

Namun demikian, not RM100 yang kini dijual melalui beberapa platform jualan dalam talian antaranya ‘www.mudah.com‘ pada harga RM35 – RM40 sekeping didapati TIDAK SAH.

Menurut sumber dipercayai, pihak BNM telah mengesahkan tak pernah mengeluarkan apa-apa not seumpama itu.

Sumber yang enggan dikenali itu menambah, tindakan memasarkan not palsu adalah melanggar undang-undang kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

BNM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

Video Teknik Pihak Tak Bertanggungjawab Mencetak Duit Palsu

https://www.youtube.com/watch?v=VXdQghe__4c&spfreload=10

Tags: duitwang palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah

Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah

30/03/2023
0

Georgetown : Pekerja kedai pakaian dihukum penjara 10 bulan kerana memiliki wang palsu bernilai RM1,860 oleh Mahkamah Majistret di sini,...

Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Miliki Wang Palsu

Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Miliki Wang Palsu

06/07/2022
0

Bukit Mertajam : Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki wang palsu berjumlah RM5,300 pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd