• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TV3 Dan TV9 Anjur Pertandingan Drama Pendek

oleh Ahmad Albab
11/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sempena Drama Festival Kuala Lumpur 2015, stesen TV3 dan TV9 bekerjasama untuk menganjurkan pertandingan drama pendek yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Kesemua pembikin filem, penerbit, pelakon, penulis skrip dan yang berminat dialu-alukan untuk bersama-sama mencipta drama lima minit.

Pemenang tempat pertama akan memenangi hadiah utama iaitu wang tunai RM10,000 manakala pemenang tempat kedua akan memenangi wang tunai RM 5,000 dan RM3,000 bagi tempat ketiga.

Selain itu, drama anda akan turut berpeluang untuk disiarkan di TV3 dan TV9. Anda hanya perlu menghasilkan sebuah video berkonsepkan drama sepanjang 5 minit. Peraduan drama pendek ini sudah mula dibuka kepada orang awam bermula 1 November lalu hingga 31 Januari 2015.

Tema pertandingan adalah terbuka, selagi video itu menyampaikan mesej positif seperti kisah keluarga, persahabatan, kasih sayang, penyelesaian masalah, perpaduan dan lain-lain. Anda bebas untuk membuat keputusan dalam pemilihan tema mengikut kreativiti tersendiri.

Pemilihan genre dan stail juga tidak terhad, anda boleh menghasilkan drama mencemaskan, seram, ngeri, komedi dan romantik.

Apa yang ingin dilihat adalah kemahiran penceritaan yang menarik di mana penonton dapat menjiwai drama disamping menerap mesej yang positif buat masyarakat.

Ini adalah peluang untuk anda menunjukkan hasil kerja dan idea kepada penonton. Jika hasil kerja anda terpilih, ini bermakna, anda bakal melihat hasil karya anda di kaca televisyen! Namun kepada yang berminat perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

1) Untuk memasuki pertandingan ini, semua kerja yang dikemukakan hendaklah mematuhi durasi lima minit yang disebutkan di atas.

2) Fail tidak boleh melebihi 30mb dan haruslah berformat mp4

3) Sila pastikan anda tidak memaparkan sebarang jenama yang bertentangan dengan jenama yang menaja pertandingan ini.

4. Sila pastikan semua muzik adalah status bebas royalti.

5. Untuk mengelakkan sebarang kemusykilan, maklumat berikut mengenai hasil kerja anda perlulah dilengkapkan dengan jelas di halaman profil (profile page) Veedo seperti tajuk dan nama penuh peserta.

i.Tajuk

6. Segala penyertaan mestilah di hantar ke www.vedoo.my sebelum 31 JANUARI 2015.

Peringatan: Tiada aset wajib yang perlu di muat turun untuk pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan drama pendek ini anda bolehlah layari laman web dfkl di www.dfkl.com.my. – BH Online

https://www.youtube.com/watch?v=nF4VMeMAgw0

Tags: pertandingantv3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

15/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang mengangkat single Terus Hidup ciptaan dan dendangan Aina Abdul sebagai Juara...

Sah Tiada Pertandingan Untuk Jawatan Presiden, Timbalan

Sah Tiada Pertandingan Untuk Jawatan Presiden, Timbalan

14/01/2023
0

PAU 2022 | Perwakilan Umno hari ini meluluskan usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd