• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TUDM Sedia Gerak Aset Jika Banjir Di Pahang Meruncing

oleh Ahmad Albab
30/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersediamenghadapi sebarang kemungkinan termasuk meningkatkan penggunaan aset sekiranya banjir yang melanda Pahang terus meruncing.

Timbalan Panglima TUDM, Lt Jen Datuk Che Akmar Mohd Nor berkata, kini TUDM menggunakan lima buah helikopter – tiga EC725 dan dua A109 Agusta – bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terputus hubungan.

“Jika keadaan tidak berubah (atau semakin teruk), dan air semakin naik, kita akan minta tambahan pesawat dari Pangkalan Udara (PU) Gong Kedak di Terengganu bagi meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir.

“PU Gong Kedak terdapat kira-kira 15 pesawat yang bersedia digunakan bagi tujuan tersebut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyertai OP Murni bersama para pegawai dan anggota TUDM menyalurkan bekalan makanan menerusi helikopter TUDM kepada mangsa banjir di pusat pemindahan Kampung Tenggereng, Temerloh yang terputus hubungan jalan darat.

Beliau turut meninjau keadaan banjir di negeri ini menerusi udara di kawasan terjejas iaitu Temerloh, Bera dan Pekan.

Dalam pada itu katanya sepanjang OP Murni dijalankan bermula 20 Dis lalu hingga hari ini TUDM telah membekalkan kira-kira 30 tan bekalan makanan dan barangan keperluan kepada mangsa banjir di seluruh negara.

“TUDM juga turut melakukan tujuh operasi penyelamatan perubatan (medevac) termasuk di Kelantan dan Pahang.

“Ini termasuk kes seorang ibu yang baru bersalin kita pindahkah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dekat sini pagi tadi dari pusat pemindahan di Temerloh ekoran jahitan selepas bersalinnya terbuka,” katanya.

Katanya TUDM juga bersedia memanjangkan tempoh OP Murni jika banjir gelombang ketiga yang diramalkan melanda kawasan negeri-negeri Pantai Timur bila-bila masa dari sekarang. – BERNAMA

Tags: BanjirTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd