Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Neymar Merayu Untuk Kembali...

PENGURUS Barcelona, Ernesto Velverde akhirnya membuka mulut mengenai desas-desus perpindahan Neymar ke pasukan...

Isteri Syak Kematian Askar...

JENAZAH Laskar Kelas 1, Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dituntut ahli...

Hospital Di Malaysia Masih...

SEGAMAT - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jangka hospital di negara ini tidak akan...

Chelsea Hadapi Krisis Penyerang...

LONDON - Chelsea berhadapan situasi yang mana pemain veteran, Didier Drogba, adalah satu-satunya...

Trilogi Terakhir The Hobbit, Jengah Panggung Khamis

Bermula tengah malam Rabu, panggung wayang seluruh dunia akan mula diserbu peminat yang tak sabar mahu menyaksikan sekuel terakhir trilogi penggembaraan Bilbo dan rakan-rakannya dalam The Hobbit and The Battle of Five Armies.

Siri adaptasi daripada karya agung J.R.R Tolkien itu bermula dengan filem pertama, The Hobbit – An Unexpected Journey (2012) diikuti sekuel The Hobbit – The Desolation of Smaug (2013).

Plot yang ditampilkan dalam sekuel terbaharu, akan merungkai nasib yang menimpa penduduk Laketown apabila Smaug, naga gergasi yang penuh amarah menyerang perkampungan tersebut.

Smaug bertindak demikian setelah Bilbo Baggins, Thorin Oakenshield dan rakan-rakan menceroboh ke ‘Lonely Mountain’ dan cuba untuk membunuhnya bagi merampas kembali tempat tinggal dan emas yang diambil Smaug.

Bukan itu sahaja, pertarungan hebat bakal ditampilkan melalui babak peperangan beberapa puak, antaranya Orc, Elf, manusia dan orang kerdil (dwarves).

hobbit-dos-smaug-look

Untuk informasi, The Hobbit merupakan prekuel kepada trilogi popular, The Lord of The Rings yang ditayangkan pada 2001 – 2003.


Sutradara hebat Peter Jackson yang menangani kedua-dua trilogi ini, secara purata berjaya memungut hampir US$3 bilion bagi kutipan trilogi The Lord of The Rings dan bagi trilogi The Hobbit, US$2 bilion sudah pun berhasil dikutip menerusi dua siri terdahulu.

Setelah memakan masa lebih 10 tahun untuk tampil dengan keenam-enam siri, nampaknya filem terbaharu kali ini bakal jadi yang terakhir.

Ia berikutan perselisihan faham antara syarikat penerbitan Warner Bros dan waris Tolkien dalam isu pemilikan karya-karya terdahulu, lantas, buku terakhir yang masih berkisar tentang fantasi itu, The Silmarillion, tak dapat diadaptasi ke layar perak.

Maka, ini satu lagi alasan kukuh mengapa para peminat trilogi epik The Hobbit perlu ke panggung bermula tengah malam ini untuk menyaksikan kesudahannya! – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Trailer The Hobbit – The Battle of Five Armies

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori