Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

96 PATI Ditahan Dalam...

JOHOR BAHRU – Seramai 96 pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada 85...

Imam Gay Mahu Bina...

MELBOURNE - Seorang imam masjid yang secara terang-terangan mengaku merupakan seorang gay, sedang...

“Dah Nampakkan Mana Sahabat,...

KUALA LUMPUR – Selepas pelakon Datin Seri Umie Aida membuat luahan perasaan di...

Stadium Nasional Titik Tumpuan...

KUALA LUMPUR - Semangat UMNO yang bersatu padu, siap sedia untuk menghadapi pilihan...

Timbalan Menteri Besar PAS Hilang Kewarasan – Pemuda DAP

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah seolah-olah hilang pertimbangan yang waras kerana sanggup melihat parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat, kata Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong.

Menurutnya, kenyataan Mohd. Amar tidak kisah jika PAS dikeluarkan daripada gabungan Pakatan Rakyat demi melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan bersifat kebudak-budakan yang tidak menampilkan sifat matang seorang yang berilmu.

“Kami juga merasakan kenyataan beliau itu mengelirukan dan menyimpang jauh daripada konsensus dan dasar bersama Pakatan Rakyat yang telah dimeterai sejak enam tahun lalu.

“Kenyataan beliau mengandungi makna tersirat yang menggambarkan PAS sanggup berpatah arang dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Seolah-olah telah hilang pertimbangan waras,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Kok Seong berkata, pada waktu negeri di pantai timur terutama Kelantan dilanda bencana banjir, Mohd. Amar sepatutnya bertenang dan menumpukan segala usaha untuk membantu rakyat daripada bercakap tentang sesuatu yang menyimpang daripada dasar Pakatan Rakyat.

Justeru, kata beliau, bukan PAS atau DAP yang harus keluar daripada Pakatan Rakyat, tetapi Mohd. Amar yang sepatutnya meninggalkan PAS kerana merosakkan hubungan baik parti dalam Pakatan Rakyat.

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori