• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Lagi Suspek Disyaki Terlibat Militan Syria Ditahan

oleh AK-47
03/12/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pada 27 hingga 28 November lepas, Cawangan Khas Bahagian Memerangi Keganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberkas tiga suspek disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas di Syria.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata tangkapan dilakukan dalam satu operasi di sekitar Kuala Lumpur dan Kedah.

“Kesemua suspek adalah rakyat Malaysia yang berumur antara 23 hingga 36 tahun.

BACA – Tiga Suspek Ditahan PDRM Disyaki Terlibat Aktiviti IS Di Syria

“Seorang suspek tersebut yang berusia 36 tahun telah menyertai kumpulan militan di Syria sejak 28 Disember 2013 dan kembali ke Malaysia pada 8 April 2014.

“Sementara dua lagi suspek berumur antara 23 hingga 28 tahun berkhidmat dalam satu jabatan kerajaan di Kuala Lumpur,” kata Khalid dalam kenyataan itu.

Beliau berkata kedua-dua kakitangan kerajaan itu disyaki terlibat dalam menyalurkan dana kepada beberapa rakyat Malaysia yang ingin menyertai kumpulan militan Islamic State (IS) di Syria.

“Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Bab 6A – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya.

Pada 22 November lepas, bahagian yang sama turut menahan tiga suspek iaitu dua wanita dan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan yang sama. – MYNEWSHUB.CC

Tags: polisSyria
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd