Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Trump Puji Pendirian Najib...

WASHINGTON, D.C – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji Perdana Menteri Datuk Seri...

YouTube Red Diumumkan, Langganan...

KINI secara rasminya, Google memperkenalkan YouTube Red, iaitu perkhidmatan baru memfokuskan kepada peminat...

Kesuma Booty Meninggal Dunia

PENGGIAT muzik tanah air, Kesuma Booty meninggal dunia pada usia 69 tahun, hari...

Facebook Nafi Zuckerberg Bakal...

BANGKOK - Gergasi media sosial, Facebook menafikan laporan media konon pengasasnya Mark Zuckerberg...

Thailand Juara Piala AFF Suzuki 2014

KUALA LUMPUR – Thailand memastikan gelaran ‘Raja Bola Sepak Asia Tenggara’ menjadi milik mereka selepas muncul juara Piala AFF Suzuki 2014 menerusi kemenangan agregat 4-3 ke atas Malaysia selepas final kedua kejohanan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.

Walaupun kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik malam ini, skuad kendalian Kiatisuk Senamuang itu dinobatkan selaku juara susulan kemenangan 2-0 yang diraih pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lepas.

Thailand mengalahkan Malaysia 3-2 pada aksi peringkat Kumpulan B kejohanan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 26 Nov lepas.

Kejayaaan itu membolehkan skuad ‘Gajah Perang’ kendalian Kiatisuk Senamuang muncul juara buat kali keempat selepas meraih kejuaraan pada tiga edisi terdahulu iaitu 1996, 2000 dan 2002.

Kekalahan itu adalah yang kedua dialami skuad Harimau Malaya kepada lawan sama selepas kecundang 0-1 pada edisi pertama kejohanan pada 1996 di Singapura yang ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger.

Pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, Malaysia yang mendapat sokongan padu lebih 90,000 penyokong termasuk penyokong tegar, Ultras Malaya, menyerang kubu Thailand sebaik sahaja pengadil dari Iran, Faghani Alireza Mohammad meniupkan wisel permainan.

Usaha berkenaan membuahkan hasil selepas Faghani memberikan sepakan penalti kepada Malaysia pada minit ke-6 selepas penyerang, Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan oleh pertahanan Thailand di dalam kotak penalti.

Perancang tengah, Safiq Rahim yang mengambil sepakan penalti itu, mudah menewaskan penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan, sekaligus menggembirakan puluhan ribu penyokong skuad Harimau Malaya termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu.

Skuad ‘Gajah Perang’ bagaimanapun berjaya mengimbangi permainan dengan melancarkan serangan bertali arus menerusi gandingan pemain sayap, Thawikan Kroekrit dan pemain tengah, Chanathip Songkrasin namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan skuad Harimau Malaya diketuai kapten, Muhammad Shukor Adan.


Stadium Nasional Bukit Jalil kembali bergema dengan ‘ngauman’ penyokong skuad Harimau Malaya selepas Indra Putra Mahayuddin menanduk masuk hantaran silang Norshahrul pada minit ke-45 bagi meletakkan Malaysia selesa dengan dua gol di hadapan dan keputusan itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh kembali menggandakan serangan dan Safiq melakar gol peribadi kedua pada perlawanan tersebut menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-58 yang melepasi jangkauan Kawin.

Tersentak dengan gol itu, pasukan Thailand kembali memperkemaskan jentera serangan dan berjaya mengikat agregat menjadi 3-3 pada minit ke-81 hasil jaringan penyerang kelahiran Switzerland, Charyl Yannic Chappuis.

Gol berkenaan berpunca daripada sepakan percuma Kroekrit yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol skuad negara, Mohd Farizal Marlias sebelum Chappuis menyambar bola berkenaan.

Thailand memastikan kejuaraan menjadi milik mereka dengan gol Chanathip pada minit ke-88 bagi menjulang kejuaraan kali keempat selepas muncul juara tiga edisi terdahulu pada 1996, 2000 dan 2002.

Selaku juara, Thailand membawa pulang wang tunai berjumlah US$200,000 (RM696,974) dan trofi Piala AFF.

Kedukaan Malaysia bagaimanapun terubat selepas Safiq diumumkan pemenang kasut emas kejohanan itu dengan jaringan enam gol. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori